DARI TERUS MENGIGAU, MARI BANTU BANGUNKAN NEGARA

 Dr Agus.

1.  Kelmarin, Presiden PAS menyatakan pihaknya berhak merancang menumbangkan kerajaan tanpa halangan daripada mana-mana pihak. Bayangkan jika yang kata macam ini adalah DS Anwar Ibrahim semasa PN berkuasa? 

2.  Tentunya yang akan tersembur dari mulut pendokong PAS adalah DS Anwar tidak menjunjung titah agong, derhaka kepada institusi raja, pengkhianat mandat rakyat, bersekongkol dengan DAP hendak menghapuskan institusi raja-raja, dan pelbagai macam dalil lagi bagi mengukuhkan hentaman mereka. 

3.  Dalam kenyataan yang sama juga, Presiden PAS menyatakan “tukar kerajaan [adalah] perkara biasa dalam politik.”Apa yang biasanya dengan pertukaran kerajaan? 

4. Dalam sistem demokrasi, tukar kerajaan adalah melalui pilihan raya. Selepas pilihan raya, semua parti perlu bekerjasama untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Nanti pilihan raya akan datang, serahlah semula mandat pada rakyat untuk membuat pilihan. Takkan itu pun tidak faham. 

Teruk sangatkan kerajaan sekarang sehingga perlu diganti?

5.  Kerajaan perpaduan YDPA sekarang ini adalah terbaik untuk Malaysia. PMX kita selang beberapa hari mengangkat sumpah jawatan mengadakan usul percaya di parlimen, membina hubungan luar negara yang baik, dan membawa masuk banyak syarikat gergasi seperti Intel Amazon untuk melabur. Jika ubah kerajaan, dibimbangi semua pelabur akan tarik keluar pelaburan mereka.

6.  Kerajaan ini terbaik kerana tidak ada kontroversi ICERD dan Statute Rome, pemimpinnya tidak terlibat rasuah, tata kelola kerajaannya baik, dan memberi keutamaan kepada membantu rakyat miskin.

7.  Kerajaan ini melakukan yang terbaik dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 dengan Sabah dan Sarawak.

8.  Kerajaan ini menekankan perpaduan rakyat dengan menolak ekstremisme agama dan kaum, rasisme, penderhakaan terhadap YDPA, menolak penunggang agama dan bangsa. 

 

9.  Dengan kebaikan kerajaan ini, nasihat saya kepada Presiden PAS dan penyokongnya cukup-cukuplah berpolitik. Hormatilah titah YDPA. Jika hendak berpolitik pun, tunggulah PRU ke-16 nanti, biar kerajaan stabil dulu. Buat masa sekarang jadilah oposisi yang konstruktif untuk membangunkan negara.

10. Rakyat sedang susah sekarang, mangsa banjir perlukan bantuan, peniaga, usahawan dan kontraktor sedang menghadapi suasana penuh cabaran. Hentikan hal-hal yang tidak ada faedah. Biarlah kerajaan perpaduan ini kekal untuk menjalankan tugas mereka tanpa diganggu gugat bagi memulihkan negara kita. 

11. Tumbangkah kerajaan perpaduan? Dengan adanya Akta Anti Lompat Parti, sukar untuk PAS melakukan hal ini, apatah lagi kerajaan perpaduan telahpun mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen. Jika begitu senarionya, berhentilah mengigau untuk menjatuhkan kerajaan ini. 

12. Tumpulah kepada menyokong usaha kerajaan untuk mengangkat Malaysia Madani bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu, negara yang lebih maju dan hebat semula. Kita mahu cepat bergerak ke depan supaya kita can progress as a nation. 

13. Dengan kenyataan Presiden PAS kebelakangan ini, saya bersyukur kerana yang menjadi PM kita ialah DS Anwar Ibrahim. Saya tidak boleh bayangkan kesejahteraan negara kita, jika yang memerintah hari ini ialah parti yang selalu berfikir dan merancang untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan ini melalui tebuk atap atau pintu belakang.

No comments: