Pernahkah DAP pertikaikan titah Raja2… HADI DERHAKA ?



Norman Radzuan


Sebelum ini ketika diminta mengulas arahan larangan org politik berceramah di Masjid dan Surau bertarikh 2 Mac dikeluarkan ekoran Sultan Terengganu berdukacita apabila ada ahli politik tertentu mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa….


Hadi menjawab, “Saya akan teruskan ceramah seperti biasa di surau2  dan masjid2. Ya, (akan teruskan) macam biasa," jelasnya


Hari ini Hadi mengakui PAS merancang ‘jatuhkan’ Kerajaan Perpaduan dan katanya tiada siapa boleh halang.


Ditanya jika cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan bertentangan dgn titah Yang Dipertuan Agong yg mahukan kestabilan, Timbalan Pengerusi PN itu berkata ia 'tidak boleh dijadikan sebagai kata putus'.


Hadi langsung tiada memikirkan nasib rakyat yg tengah bergelut utk bangkit dari Pandemik. Perdana Menteri dan teamnya sdg sibuk utk menarik pelabur2 asing. Tapi Hadi kerana kerakusan kuasa sanggup ‘mensabotaj’ ekonomi negara dgn merancang secara terbuka yg boleh menggugat keyakinan pelabur.


Persoalannya adakah ini satu penderhakaan kpd Raja2 Melayu? Sdgkan Agong menitahkan jgn ada lagi cubaan menggugat menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana negara ini perlu pulih dari ekonomi yg tenat. 


Malangnya Hadi mengakui dia sedang cuba jatuhkan kerajaan ini. Cuba bayangkan jika DAP berbuat demikian, saya ingat siang malam pagi petang pengikut mereka menjerit Cina Derhaka. Atau penuhlah Padang Merbok dgn laungan Islam dan Raja2 Melayu terancam.


Sebab itu org Melayu nilaikan sendiri siapa yg derhaka kpd Raja2 Melayu. Siapa yg sanggup menghalang laluan Raja Nazrin memasuki Istana? Siapa yg sanggup menulis di kain rentang ‘ Kami nak Idris… natang.’


Saya pun tak tahu bagaimana begitu taksubnya org Melayu kpd Hadi. Hingga dahulu org Melayu berpecah belah solat dua imam, kenduri kahwin ada yg tak boleh hadir kerana berlainan fikrah dan bermacam mcm2 lagi terjadi.


Tanya saya bahaya jika tidak dikawal. Kerajaan perlukan gabungan Ulama2 dan para Mufti utk mengekang doktrin seperti ini sebelum ia menjadi parah. 


Kita perlukan perpaduan dan sebuah negara yg harmoni demi ekonomi rakyat. Saya tidak nampak rakyat Sabah dan Sarawak akan menerima dan bersetuju jika kerajaan negeri mereka mahu bersama PAS.



No comments: