Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kewangan (MoF) mengangkat martabatnya dan digeruni kerana memiliki prinsip tata kelola yang tegas.
Berucap pada majlis perhimpunan MoF di Putrajayahari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak mahu perkara mensia-siakan di dalam MoF sebaliknya mahu ia kembali melaksanakan tanggungjawab dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan, peruntukan dan seumpamanya.