Sepanjang aku mengaji kitab rata mesjid dan surau zaman muda-muda dulu, tidak pernah jumpa lagi dalil agama bahawa di akhirat kelak kita akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kita undi/pilih dalam pilihanraya.
Kalau nak ambil ayat Quran 17:71, di mana Allah menyebut:
"........pada hari (akhirat) kami panggil setiap manusia dengan imam mereka....."
Perkataan "imam" tu sendiri mengikut tafsir Jalalain membawa maksud para Nabi, bukannya pemimpin politik atau pemimpin negara.
Dengan kata lain, ajaran sebuah parti politik Malaysia iaitu "kamu akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kamu undi" adalah satu kesesatan dan kepesongan agama yang nyata!
Aku nasihatkan, jauhilah ulama-ulama parti terdebut yang mereka jelas sesat dan menyesatkan. mereka jelas rosak dan merosakkan. Negara kita ni tidak kurang agamawan dan alim ulama selain daripada mereka yang boleh membimbing kita dengan ilmu agama yang benar lagi mulia.
Umat Islam hari ini sudah pasti akan dibangkitkan di akhirat bersama Nabi Muhammad SAW. Yakinlah..