ANIMASI MALAYSIA MEMBANGGAKA






ASRAFF JEFFRY


Gembira dengan perkembangan Animasi Malaysia. Sangat hebat. Tapi saya harap apa yang berlaku di Marvel tidak berlaku di dalam industri Animasi Malaysia. Apa yang berlaku pada Marvel?

.

Disebabkan kejar kepada kuantiti dan kronologi, Marvel ’menggadaikan’ kualiti filem terutama bahagian CGI. Anda boleh perhatikan sendiri yang CGI Marvel makin teruk dan tidak sehebat End Game.

.

Kalau anda buka forum,cari Youtuber yang cerita tentang CGI,mereka highlight yang pekerja-pekerja Marvel sudah penat dan burn out. Maka, hasilnya adalah kepala terbang dalam filem Thor. Harpanya filem Ant Man mampu meraih semula momentum Marvel yang telah hilang.

.

Balik pada Animasi Malaysia,walaupun tidak dapat fokus tonton Mechamato tempohari, sejujurnya filem itu sedikit ’mengecewakan’. Saya harap filemnya sehebat Ejen Ali tetapi tidak kesampaian. Dari segi kualiti imej karakter pun ada yang tidak seimbang. Cuma,secara keseluruhan, masih lagi sedap untuk ditonton.

.

Buat masa sekarang, Ejen Ali di tangga pertama dalam senarai saya. Kemudian Upin dan Ipin, BoBoiBoy dan akhir sekali Mechamato.Jadi,saya harap filem seterusnya lebih hebat. Semoga berjayaDescription: 👍

 

No comments: