'Saya tak ada kena mengena, sudah 30 tahun tinggalkan Umno' - Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan campur tangan dalam urusan Umno terutama dalam isu pemilihan dua jawatan tertingginya berikutan sudah meninggalkan parti itu. Perdana Menteri berkata, beliau tidak lagi mempunyai kaitan bersama Umno dan tidak perlu terbabit dalam apa keputusan dibuat pemimpin parti berkenaan. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri Perlis di Dewan 2020 di Kangar, pada Isnin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mesyuarat Agung Umno Sabtu lalu, bahawa tiada pertandingan akan dibuat membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu.

No comments: