Owh... Bila sebut InsyaAllah je auto jadi Islam eh? Macam sebut
kalimah syahadah pulak dia buat.
Apa masalah kalau Nga Kor Ming nak sebut Insya Allah pun? Itu
maknanya dengan izin Allah. Betullah tu. Sebagai muslim kita percaya segalanya
berlaku hanya dengan izin Allah.
Ini sebenarnya isu rasis. Tujuannya nak bangkitkan kemarahan
orang Islam. Niatnya nak suruh orang Islam rasa yang pemimpin DAP permainkan
Islam. Itu je la sentimen UMNO.
Bila orang bukan Islam guna InsyaAllah, dia anggap permainkan
Islam. Tapi pemimpin Islam yang laung Islam terancam tapi dalam masa yang sama
begitu aktif merompak duit rakyat, dia tak anggap permain Islam pulak.
Bila pemimpin Muslim gunakan nama Islam untuk halalkan perbuatan
mengkhianati, dia tak rasa pula Islam diperguna dan diperkotak-katikkan. Betapa
sengetnya pemikiran machai UMNO.
Ini machai. Yang level atas sikit dari machai, main isu DS Anwar
tak sebut InsyaAllah pula (sebenarnya ada sebut tapi mungkin masa tu dia sedang
khusyu berzikir jadi dia tak perasan).
Sama je semua. Sebenarnya cara dia begini lebih lagi menunggang
Islam berbanding orang bukan Islam yang guna kalimah InsyaAllah. Tanpa malu
mereka pancing kebencian antara kaum dengan gunakan Islam sebagai sentimen.
Usahlah bersikap rasis. Kalau Nabi Muhammad saw dulu rasis, kita
semua lahir sebagai kafir. Sebab Islam hanya khusus untuk bangsa Quraisy sahaja
jadinya. Sedar diri sikit.
Islam agama Allah yang diturunkan sebagai rahmat untuk sekalian
alam. Ia bukan milik orang Melayu sahaja. Dan Nabi saw tak pernah ajar membenci
orang yang bukan Islam.
Nabi saw ajarkan kita untuk berdamai dan dakwah dengan hikmah.
Nabi saw juga ajarkan kita untuk adil dan amanah. Jangan sampai politik jadikan
kita menjauhi apa yang Nabi saw ajarkan.
Rakyat mesti menolak semua jenis penunggang agama. Baik yang
berjubah mahupun yang berbaju batik. Islam agama kedamaian. Kalaulah mereka
yang rasis dan penunggang agama diberi ruang mentadbir negara, nescaya negara
kita akan segera hancur. Berwaspadalah. Guane boh?