JAGA AYAM DAN TELOQ AYAM PUN HANG TAK TAU- ADA ANGAN ANGAN HANG NAK KUASA LULUS PROJEK- TAK GUNA PUNYA MANUSIA.

 

Tak guna jadi TPM kalau tiada kuasa lulus projek




Jawatan timbalan perdana menteri (TPM) untuk Sabah dan Sarawak yang dicadangkan itu perlu mempunyai kuasa untuk meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kuasa lebih signifikan berbanding jawatan semata-mata.

“Sekiranya ada jawatan itu (TPM) nanti, ia mesti ada portfolio tertentu yang boleh beri keberkesanan pada jawatan itu untuk kebaikan Sabah dan Sarawak,” katanya selepas menghadiri majlis angkat sumpah setiausaha politik kepada Premier Sarawak di Kuching, lapor FMT.

Baru-baru ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung jika gabungan itu menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Cadangan itu menerima reaksi yang pelbagai daripada lawan politiknya namun disokong orang kuatnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu menyifatkan tawaran tiga jawatan itu tidak membazir seperti didakwa banyak pihak, malah lebih menjimatkan walaupun diramalkan tahun depan negara bakal berdepan krisis ekonomi yang semakin perlahan.

Selain Zahid, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membuat tawaran sama seperti anak muridnya kepada parti dari Borneo itu, tetapi menawarkan dua jawatan TPM sahaja bagi mewakili Sabah dan Sarawak jika menang PRU-15 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 November ini, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.


No comments: