Riwayat politik Anwar akan berakhir di Tambun, kata Pengarah Komunikasi BN
Datuk Seri Shamsul Anuar
Nasarah.
Tindakan berani Datuk Seri
Anwar Ibrahim mengambil risiko bertanding di Parlimen Tambun bakal mengundang
padah, kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Pengarah
Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu berkata pengundi di Perak mempunyai
peluang terbaik untuk menamatkan riwayat politik cikgu kepada Presiden UMNO,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.
“Malah,
ini kesempatan terbaik kepada orang Perak untuk menamatkan hayat politik Anwar
Ibrahim, biar Tambun menjadi bukti sejarah Anwar Ibrahim hilang pengaruh di
sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau
bagaimanapun menjelaskan mengalahkan Presiden PKR itu bermakna BN perlu bekerja
keras memberi penjelasan mengapa perlu Anwar dikalahkan disitu.
Sebaliknya, beliau yakin
pertembungan tiga penjuru akan memberikan kelebihan kepada calon BN dan
kehadiran Anwar sebagai calon akan meningkatkan motivasi serta semangat jentera
BN Tambun dan BN Perak untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.
Beliau
berharap pengundi di Tambun sedar bahawa kepimpinan Pakatan Harapan (PH)
termasuk Anwar sering bertukar kawasan bertanding setiap kali PRU kerana ketika
menjadi wakil rakyat di kawasan sebelumnya mereka tidak bekerja untuk rakyat.
“Sebab
itu mereka berpindah kawasan. Anwar Ibrahim dari Port Dickson ke Tambun. Jadi
pemilih di Parlimen Tambun jangan tersilap langkah. Terbaik pilihan ialah BN.
“Kita
mesti menjadikan PRU15 medan menamatkan hayat politik Anwar Ibrahim dan Tun Dr.
Mahathir Mohamad kerana dua watak ini telah merugikan negara sejak sekian
lama,” katanya.