Timbalan Presiden PKR Rafizi
Ramli menyindir UMNO yang sejak beberapa bulan kebelakangan telah menjadi
sebuah parti ‘air mata’ yang hanya memperjuangkan individu tertentu, bukan
mengutamakan kemaslahatan rakyat.
Mengibaratkan
tingkah laku UMNO seperti sebuah drama Melayu yang disiarkan stesen televisyen,
calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan berkata tatkala rakyat
sibuk mengatasi masalah yang dihadapi, UMNO memikirkan individu tertentu,
termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
“Enam
tujuh bulan kebelakangan ini UMNO dah jadi parti tele drama menangis Melayu
kalaulah kita boleh tengok TV… tiap-tiap hari bila buka sahaja nampak Rosmah
menangis… buka nampak Najib… buka anak Najib… buka Zahid menangis.
“Satu
isu dia UMNO dan Barisan Nasional (BN)… orang duk sibuk pasal harga barang
naik, budak tak ada kerja, pasal banjir, pasal gaji… tapi UMNO fikir pasal apa?
Rosmah rindu kepada Najib.
“(UMNO) panggil satu Malaysia…
perjumpaan tergempar… 5,000 orang (hadir)… merah satu dewan. Kot la kita ingat
dia nak cerita pasal gaji macam mana… ekonomi macam mana… harga barang macam
mana.
“Satu
saja dia (UMNO) cakap… kita rindu kepada Najib… kesian kepada Najib, dia tak
dapat kopi yang dia suka. Sebab itu saya kata masuk pilihan raya ini, kita kena
fikir betul-betul parti pilihan kita itu yang kita suka terpulang (untuk
menubuhkan kerajaan),” katanya pada Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen
Kuala Pilah, malam tadi (Ahad, 23 Oktober 2022).
Rafizi
yang juga bekas ahli Parlimen Pandan berkata beliau tidak kisah kerajaan mana
yang akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19
November depan, tetapi mengingatkan pemimpin yang menjadi menteri perlu
menyelesaikan masalah rakyat.
Menurutnya
masalah yang dihadapi rakyat sekarang ini adalah berpunca daripada pentadbiran
UMNO dan BN sebelum 2018, yang meninggalkan beban hutang kepada negara sehingga
yang menanggungnya ialah rakyat.
“Selama
60 tahun UMNO dan BN memerintah dan hasil daripada kekuasaan dia (UMNO)…
munculah masalah sekarang… jika dia (UMNO) tahu bagaimana hendak menyelesaikan
masalah, maka tidak timbullah masalah sekarang,” tambahnya lagi.
Rafizi
berkata sebaliknya, sekarang ini UMNO dan BN memainkan isu sentimen perkauman untuk
meraih undi dengan menakut-nakutkan orang Melayu yang didakwa akan menjadi
boneka kepada kaum Cina.
“Saya
nak kata bodoh kan… bodoh punya UMNO, BN… saya ni Melayu… bila UMNO/BN kata
begitu kalau undi PH… Cina dengan India berkuasa Melayu yang ada ni boneka…
(maknanya) dia hina orang Melayu sendiri.
“Masuk
pilihan raya ni UMNO/BN… dia tak dak modal dah dia nak cakap pasal gaji,
masalah rakyat dia tak boleh sebab dia tahu kerosakan itu datangnya daripada
dia juga.
“Kalau
pun yang muda-muda yang nak jadi menteri daripada UMNO/BN ni dia pun tak cerdik
mana. Tak tahu macam mana nak buat.
“Jadi
satu-satunya yang dia akan mainkan ialah dia mainkan sentimen perkauman untuk
orang Melayu… dengan buat cerita yang tak betul,” katanya.