HUUUWAAAAA- Umno tak pernah bincang Zahid PM, kata Mahdzir


Penularan berita itu disifatkan sebagai cubaan melaga-lagakan kepimpinan Umno oleh sesetengah pihak dengan niat tidak baik, kata Mahdzir Khalid. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Umno tidak pernah membincangkan untuk meletakkan presidennya Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri (PM) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata naib presiden Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga menteri pembangunan luar bandar berkata, mesyuarat Umno sebelum ini memutuskan bahawa Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon PM ke-10 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU15.

“Setakat ini keputusan yang kita buat di peringkat parti ialah Ismail Sabri Yaakob adalah ‘poster boy’ dan calon PM selepas PRU15.

“Saya sebagai naib presiden parti mengatakan tidak pernah ada mesyuarat (bagi perbincangan Zahid sebagai PM),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Semenanjung Malaysia Kedua di sini hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan tular di media sosial bahawa Zahid akan diangkat menjadi perdana menteri ke-10 pada PRU15 selain mendakwa perkara berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Sept.

Mahdzir menegaskan penularan berita itu merupakan perbuatan yang cuba melaga-lagakan kepimpinan Umno oleh sesetengah pihak dengan niat tidak baik.

Sebelum ini, Zahid yang juga pengerusi BN memberi bayangan bahawa Ismail kekal sebagai “poster boy” dan calon perdana menteri daripada BN pada PRU15.


No comments: