DUDUK DALAM KERAJAAN..SAMA SAMA KHIANAT BERSAMA LANGKAH SHERATON...TIBA TIBA DAKWA KENA BULI ?


Dakwa paling banyak dibuli, Pas tetap budayakan politik matang

Abdul Hadi


Hadi kata PAS paling banyak dibuli. Antara contoh buli yang dihadapi adalah penafian hak untuk diberi royalti minyak. Baca di https://bit.ly/3UOG3wS.

Ini kalau tak berniat buat kelakar, memang dungu. Macamana boleh dakwa PAS kena buli sedangkan PAS sebahagian daripada kerajaan pusat?

Kalau betul PAS dibuli, maknanya yang buli tu PAS juga la. Sebab tu aku kata kelakar. Dia ni macam baru keluar gua. Tak tahu situasi semasa.

Hadi ungkit cerita ahli PAS ramai kena tahan ISA. Itu zaman bila? Pemimpin-pemimpin yang pernah kena tahan tu sekarang dah tak ada dah dalam PAS. Dah masuk Amanah dah semua.

Yang tinggal ni mana pernah kena tahan ISA. Hadi sendiri pun tak pernah. Yang tinggal semua jenis lemah. Jangankan masuk jel, nak buat kenduri pun minta bantuan MPKB. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: