KETERANGAN DENGAR CAKAP RINGAN PUNYA KES..AFIDIAVIT TARAK...TAK PATUT BICARA...KE SUNGAI BULOH SAJALAH...

 

Kenyataan dengar cakap, Najib sekadar pancing keterangan, kata pendakwaan



Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram, berkata Najib Razak
 bergantung kepada kenyataan oleh tiga pegawai dari Suruhanjaya
 Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dua pegawai Maybank untuk
 menyokong permohonannya.

PETALING JAYA: Permohonan Najib Razak untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan SRC International perlu ditolak kerana kandungan afidavit bekas perdana menteri itu merupakan keterangan dengar cakap, Mahkamah Persekutuan diberitahu.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram, berkata Najib bergantung kepada kenyataan oleh tiga pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dua pegawai Maybank untuk menyokong permohonannya.

“Permohonan itu tidak disokong afidavit sepatutnya untuk mahkamah bertindak,” katanya membantah permohonan Najib itu.

Katanya, saksi terbabit tidak memberitahu Najib apa yang sepatutnya mereka maklumkan kepada pihak berkuasa anti-rasuah itu ketika berlangsungnya siasatan terhadap Hakim Nazlan Mohd Ghazali.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Ia juga boleh dikatakan dengar cakap terhadap dengar cakap,” katanya sambil menambah permohonan Najib terbabit merupakan penyamaran untuk memancing keterangan.


No comments: