BERTABAHLAH NAJIB...NANTI JAWAB ELOK ELOK KAT KANDANG TERTUDUH YA...

 


Apa salahnya jika Nazlan pernah bekerja di Maybank, soal pihak pendakwaan




Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram mendakwa Najib Razak hanya mahu mencemarkan nama Hakim Nazlan Ghazali dengan menuduhnya rasuah, namun menarik balik dakwaan itu.

KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sejarah pekerjaan Hakim Nazlan Ghazali sebagai kaunsel kepada Maybank bukan menjadi halangan untuk mendengar perbicaraan SRC International Najib Razak.

“Maybank ada melakukan beberapa kerja untuk SRC dan mereka dibayar RM800,000 sebagai yuran,” kata Sithambaram.

“Jadi, apa salahnya jika Nazlan pernah bekerja dengan bank,” soalnya.

Sithambaram dalam hujahannya, berkata sejarah pekerjaan Nazlan tidak bermaksud berlakunya konflik kepentingan yang mana boleh menghalangnya mendengar perbicaraan.

Peguam kanan itu yang mewakili pendakwaan menerusi lesen khas, berkata pembabitan Nazlan dalam Kumpulan Maybank sudah menjadi pengetahuan umum sebelum beliau diangkat sebagai hakim, pada 2015.

Sithambaram berkata, adalah benar bank berkenaan memberi konsultasi kepada SRC, namun tidak sampai ke tahap Nazlan memberi nasihat berhubung penubuhan SRC.

Pihak pendakwaan juga merujuk afidavit Najib terdahulu yang difailkannya susulan dakwaan Nazlan menerima rasuah, namun menarik balik dakwaan itu kemudian.

“Ia seperti mahu mencemarkan nama Nazlan sebagai hakim,” tambahnya.

Sithambaram juga berkata, dakwaan konflik membabitkan Nazlan boleh dibangkitkan pihak pembelaan ketika pemeriksaan balas saksi dalam perbicaraan.

Beliau berkata, tidak munasabah bagi pihak pembelaan mencabar keputusan Nazlan bahawa Najib mempunyai kawalan “menyeluruh” ke atas SRC hanya kerana kedudukan terdahulunya di bank berkenaan.

Sithambaram memberitahu mahkamah atasan itu, bahawa kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawai bank tidak boleh didedahkan memandangkan ia merupakan dokumen terlindung.

“Ia tidak tertakluk kepada pendedahan (kedua-duanya) sebelum dan selepas perbicaraan,” katanya.

Dalam permohonannnya, Najib berhujah Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mendengar perbicaraan susulan konflik kepentingan kerana hakim itu pernah menjadi kaunsel dan setiausaha syarikat Kumpulan Maybank.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Nazlan gagal mendedahkan pembabitannya dalam penubuhan SRC dan pinjaman diluluskan dan pemberian kemudahan pinjaman dan kredit untuk manfaat SRC dan 1MDB.

Pihak pendakwaan, bagaimanapun, berkata hujah dibangkitkan berhubung sejarah pekerjaan hakim itu bersama bank sudah menjadi pengetahuan umum sejak 2018, sebelum bermulanya perbicaraan SRC, pada April 2019.

Najib mengemukakan permohonan berkenaan dua bulan lalu yang dipinda dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan, awal hari ini, memohon memasukkan keterangan baharu dalam bentuk dokumen tambahan yang diperoleh, pada 16 Jun dan 7 Jul tahun ini, selepas perbicaraan dan rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

Beliau juga memohon mahkamah membenarkan tambahan testimoni lisan diambil dari bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, pegawai penyiasat kes SRC, Rosli Hussein dan tiga pegawai SPRM yang merakam keterangan Nazlan, baru-baru ini.

Pada 28 Jul 2020, Najib disabit bersalah terhadap tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada 8 Dis tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadapnya. Bagaimanapun, Najib bebas sementara menunggu keputusan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.


No comments: