Hari-Hari Terakhir Seorang Najib Bermula Hari Ini

 





PUTRAJAYA, 15 Ogos – Sebentar lagi, bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, akan mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib dan pasukan peguamnya daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, dilaporkan bakal mengemukakan kekhilafan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi serta tindakan pendakwaan yang menafikan hak mengikut Perlembagaan Persekutuan, yang kononnya menyebabkan ketidakadilan serius apabila bekas Perdana Menteri itu mendakwa gagal mendapatkan perbicaraan adil dan saksama.

Berdepan peluang terakhir mempertahankan diri, perkara itu akan dibentangkan Najib melalui peguamnya, bersandarkan 94 alasan mengapa beliau harus dibebaskan daripada tujuh tuduhan menyeleweng dana SRC.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 10 hari, mulai hari ini untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu.

26 Ogos ini merupakan hari-hari akhir ‘Bossku’ menghirup udara luar sekiranya rayuannya ditolak.

No comments: