Tadi seorang mangsa scammer datang mengadu.
Mak saya kena scam RM75,000 simpanan Official : Lembaga Tabung
Haji dalam masa 15 minit. Dia pula hilang RM50,000 simpanan bank
komersial dalam masa 10 minit. Sedih bercampur marah bila saya dengar.
Caranya lebih kurang sama:
1) Panggilan dari ‘bank’ kata dia ada transaksi walaupun dia tak
ada akaun dengan bank itu;
2) Panggilan transfer ke ‘Bank Negara Malaysia’, untuk bantu
buat ‘laporan polis’;
3) Panggilan transfer ke ’balai polis’, yang minta maklumat
akaun bank mangsa.
Saya lihat SOP atau modus operandi bagi kes-kes scammer ni
semuanya hampir sama. Semua transaksi besar dalam jangkamasa pendek. Semua
melibatkan OTP. Semua menyamar sebagai orang berkedudukan dalam badan
berpengaruh.
Yang sangat menyedihkan, saya tidak lihat bank-bank proaktif
untuk halang SOP ini dari berterusan. Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM)
juga hanya mampu keluarkan peringatan sahaja - kita tak dengar langkah proaktif
yang diambil untuk ubah undang-undang atau proses perbankan yang disalahguna
syaitan-syaitan scammers ini.
Mengapa jika RM660 juta dicuri dari 20,000 mangsa scammers
setahun, Kerajaan tidak mengarahkan bank-bank komersial untuk meletakkan
‘circuit breaker’ bagi transaksi besar yang dibuat dalam jangkamasa pendek?
Kenapa bank-bank nampak begitu lemah longlai dan tidak bersikap
pro-rakyat dalam bab scammer ni?
Mana Menteri Kewangan, Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam
hal ini? Mana Taskforce Jihad Menentang Syaitan Scammers?
Kenapa kepala-kepala scammers ini masih tidak dihumban ke dalam
penjara dan segala operasi mereka dihancurkan?
Atau adakah kita hanya menunggu saat mangsa-mangsa scammer ini
bangkit dan lawan??