PAS Kedah sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan
UMNO meskipun parti itu membuat keputusan untuk bertanding atau bergerak solo
dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad
Sanusi Md Nor berkata, jika UMNO mahu menjalinkan kerjasama, parti berkenaan
boleh ‘menumpang’ kekuatan PAS di negeri itu.