WOIII..KALAU NAK KECOH KECOH TOK SAH BERPOLITIK LA....ORANG LAIN PUN LAMA JUGA BERPOLITIK. TU BELUM BERKUASA..KALAU BERKUASA LUPA DIRI...INGAT SENDIRI BOLEH NAIK TANPA SOKONGAN PERCUMA DARI SUKARELAWAN....

 


Polis siasat kekecohan di pejabat PKR Sungai Buloh


Sinar Harian
Polis siasat kekecohan di pejabat PKR Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu berhubung kekecohan yang berlaku membabitkan mesyuarat di pejabat PKR Sungai Buloh di Kota Damansara pada Selasa.
PETALING JAYA: Polis akan memanggil beberapa individu berhubung kekecohan yang berlaku membabitkan mesyuarat di pejabat PKR Sungai Buloh di Kota Damansara pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 1.40 pagi Rabu.
"Laporan itu dibuat oleh seorang ahli yang berada di dalam mesyuarat berkenaan.
"Saya difahamkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Menurut sebuah portal berita, seorang ahli jawatankuasa bahagian itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, awal pagi Rabu.
Pengadu mendakwa seorang lelaki dipercayai pemandu kepada seorang ahli politik menceroboh masuk ke bilik mesyuarat tanpa kebenaran.
Lelaki itu kemudian didakwa cuba memaksa beberapa ahli jawatankuasa cabang mengikutinya untuk perbincangan di tingkat bawah.
Difahamkan ada ahli jawatankuasa yang tidak berpuas hati berhubung senarai nama lantikan ketua cabang yang dibuat tanpa melalui perbincangan. -Sinar Harian

No comments: