LIYANA MARZUKI SEKOLAHKAN PENTABSUB NAJIB. MALANG SUNGGUH..








Ada member bagi posting mamat seorang ni. Katanya pentaksub tegar #Bosslu. Posting dia selalunya angkat Najib macam maksum belaka Description: 😅

La ni dia up posting katanya, Najib taknak bayar RM5300 setahun kepada waris Sultan Sulu sebab pada tahun 2013, ada sampai *11 orang* claim jadi waris Sultan. Diaorg jem nak tentukan mana satu pewaris yang sah. Ini pada dia, sebenarnya sebab utama dihentikan pembayaran Description: 😅

Saya dengar dia ni background finance. Makanya, izinkan saya sekolahkan dan balas posting palatao beliau ini dengan fakta kes dan peruntukan undang2.

1. Najib sendiri dalam posting dia menyatakan yang dia taknak bayar RM5300 itu sebab waris Sultan Sulu menceroboh Lahad Datu pada tahun 2013. Sejurus lepas insiden tu, Najib hentikan bayaran. Takde pulak dia cakap sebab utama dihentikan bayaran sebab tak tahu siapa pewaris sah.

2. Menteri Pertahanan pun cakap baru2 ni Kerajaan hentikan bayaran kepada *9 orang waris Sultan Sulu* selepas insiden Lahad Datu. Tiada pulak katanya sebab utama ada 11 penuntut dan mereka tak tahu mana satu nak dibayar.

3. Kalau iyapun ada pertambahan 2 penuntut termasuk “Jamalul Kiram III”, ada prosiding undang2 yang boleh dibuat untuk penuntut ini menuntut hak mereka.

Ini yang berlaku pada tahun 1936, apabila Sultan Sulu mangkat, dan tidak punya anak. 9 orang waris lain telah mohon ke Mahkamah untuk mewarisi pembayaran itu dan Mahkamah benarkan. Ini dipanggil “Penghakiman Macaskie 1939”

Makanya, mengikut undang2, setakat ini hanya 9 waris ini sahaja yang layak menerima bayaran. Kalau 2 lagi hendak buat tuntutan mereka boleh mohon ke Mahkamah. Kalau tiada keputusan Mahkamah, Pentadbiran Najib boleh bolayan saja. Ada apa hal?

Yang pastinya, bukan itu sebab utama Malaysia taknak bayar. Sebab utama ialah Najib sentap geng yang dia tolong jadi pendamai antara MNLF dan Filipina, menyerang Sabah ketika dia jadi Perdana Menteri. Tak pernah dibuat sebelum ini.

Tu sebab orang cakap, kalau nak komen dan mencelah kena tahu hujung pangkal. Kalau takde kepakaran pun dalam satu bidang carilah fakta dan bertanya lah orang yang tahu. Bukan hentam saja labu…

***********************************************

Isu yang patut ditanya, adakah pemberhentian bayaran itu menepati peruntukan perjanjian. Apa yang Najib buat untuk memastikan tindakan kita itu tidak dicabar? Nak henti pun henti lah, tapi pastikan prosedur nya tepat dan mengikut undang2.

Disebabkan taknak bayar RM5300 setahun, kita didedahkan dengan risiko bayaran lebih tinggi sehingga RM65billion. Itu isu pokoknya.

Tapi apa yang nak diharapkan untuk pentaksub2 Najib ni paham.

Mangsa scam Jho Low pun diaorg julang…

#ohbosslu #tuntutansulu

 

No comments: