BAIK JADI AHLI POLITIK CEPAT KAYA

 





Tentera mesti berkhidmat 21 tahun dulu baru boleh dapat pencen. Itu la... Siapa suruh masuk tentera. Lain kali masuk politik.

Jadi MP satu penggal penuh je dah dapat pencen. Lepas tu kalau dapat jadi menteri, ada pencen menteri pulak.

Kalau 1 penggal kementerian lain, penggal berikut kementerian lain, dapat 2 pencen menteri. Kan ke untung macam tu?

Tentera apalah sangat jasa kepada negara. Setakat mempertahankan kedaulatan negara je. Bukan macam ahli parlimen.

Mereka bersengkang mata dalam dewan berborak. Lagi lagi menteri. Ingat tak penat ke nak goyang kaki tak buat apa? Penat tau!

Jadi terimalah dengan hati terbuka. Faham hakikat yang ahli parlimen dan menteri miskin lepas bersara. Mereka perlu duit.

Tentera lepas tamat khidmat, semua kaya raya. Tak perlu duit pun. Ok? Cuma pesan aku, baca ni jangan jadi pembaris. Guane boh?

Raja Gelap

No comments: