ELOK LA LAPOR POLIS-BAGI GENAP 50 PERTUDUHAN DAK PUN 100 GENAP ......KAH...KAH.....-HAI NAJIB...KENAPAKAH KAU JADI PM ?

 


Didakwa ‘berbohong’ isu Sulu, Pemuda Amanah buat laporan terhadap Najib




Ahli Pemuda Amanah Ammar Atan (tengah) menunjukkan salinan laporan polis kepada media.

KUALA LUMPUR: Pemuda Amanah membuat laporan polis terhadap Najib Razak susulan dakwaan penipuan berhubung tuntutan dibuat waris Sultan Sulu, yang mana bekas perdana menteri itu meletakkan kesalahan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam kekusutan proses perundangan tuntutan pampasan.

Ketua biro ekonomi sayap itu, Ammar Atan, mendakwa Najib berbohong membabitkan perkara berkenaan dalam hantaran di Facebook, yang dimuat naik pada 2 Mac, 12 Jul dan 13 Jul.

Antara pembohongan didakwa dilakukan Najib termasuk saman difailkan waris Sultan Sulu, pada 2019, selepas PH berkuasa dan gabungan itu tidak menentang kes itu di mahkamah timbang tara.

Najib juga dikatakan menuduh PH penyebab kepada Sabah kehilangan kedaulatannya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Laporan itu dibuat terhadap Najib di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, hari ini.

“Beliau secara jelas cuba memusing isu, mengelirukan orang awam dan menghasut rakyat terhadap PH atau kerajaan hari ini.

“Justeru, kami mendesak polis menyiasat Najib mengikut Seksyen 233 (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) dan Seksyen 499 (kerana fitnah),” katanya.

Ammar ketika mengulas lanjut, berkata Pemuda Amanah bersedia berdebat dengan Najib berhubung isu berkenaan.

Katanya, saman dimulakan waris Sultan Sulu, di Madrid, pada Dis 2017, bermula sebelum PH berkuasa.

Dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dilaporkan dirampas bailiff selepas mahkamah timbang tara Perancis memutuskan, pada Mac, Malaysia perlu membayar waris Sultan Sulu, sekurang-kurangnya RM62.59 bilion.

Rampasan anak syarikat Petronas berdaftar di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, merupakan sebahagian tindakan perundangan dilakukan waris itu, pada 2017, sebagai pampasan terhadap Sabah yang dipajak kepada syarikat perdagangan British, pada 1878.

No comments: