MANA KAMI NAK AMBIK TAU SEMUA TU- HANGPA NAK MAMPOIH KA NAK BANGRAPKA BUKAN URUSAN KAMI- KAMI SIBUK LA NI NAK ANGKAT TPM SAPA PUN TAK TAU LAGI.

 


Pantau tahap bankrap, Anwar beritahu PM susulan kenaikan OPR





Anwar Ibrahim berkata kebankrapan akan mencetuskan kesulitan besar
 terhadap ribuan keluarga, selain menghalang pemulihan ekonomi
 negara.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, supaya berjaga-jaga dengan risiko kes bankrap susulan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

Katanya, kerajaan mesti menjangka keperluan rakyat yang sedang bergelut, bukannya menjadi penyelamat terhadap konglomerat gagal.

“Perdana menteri perlu memantau tahap kebankrapan dan memastikan keluarga Malaysia diberi sokongan ketika menempuh keadaan inflasi tinggi demi meneruskan kehidupan dan mengelak kesan berpanjangan kebankrapan,” katanya di Facebook.

Anwar yang juga presiden PKR berkata demikian sebagai mengulas dapatan Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), yang menyatakan hampir 32,000 rakyat berdepan risiko diisytihar bankrap dalam tempoh dua tahun akan datang, sekiranya OPR dinaikkan sekali lagi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

Beliau berkata, kebankrapan itu akan mencetuskan kesulitan besar terhadap ribuan keluarga, termasuk menghalang pemulihan ekonomi negara.

Anwar menyeru kerajaan mengawal selia bantuan atau moratorium pinjaman bagi keluarga kurang bernasib baik yang sedang berdepan peningkatan pembayaran susulan kenaikan OPR, sambil menambah bank sebenarnya mempunyai kemampuan melaksanakan langkah berkenaan.

Pada Isnin, Presiden 4PM Rosland Mohd Arif, berkata lebih 46,000 individu diisytihar bankrap sejak pandemik bermula selepas gagal melunaskan bayaran pinjaman.

Katanya, kenaikan OPR seterusnya akan menyebabkan peminjam terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar balik pinjaman dan memaksa individu semuda 25 tahun sudah diisytihar bankrap.

Minggu lalu, Bank Negara (BNM) menaikkan OPR seterusnya kepada 25 mata asas kepada 2.25%. Sebelum ini, bank pusat berkenaan menaikkan kadar itu kepada 2% daripada 1.75%, pada Mei – dilaporkan rekod terendah – susulan penurunan 25 mata asas, pada Julai 2020.

Katanya, kelembapan ekonomi global berlaku disebabkan kesan pandemik.

Ads by Kiosked

Cabang kajian Fitch Solutions menjangkakan bank pusat itu akan meningkatkan OPR seterusnya kepada 50 mata asas kepada 2.75% menjelang penghujung tahun ini, kesan daripada penyusutan nilai ringgit, peningkatan harga komoditi dan kenaikan permintaan tempatan.

No comments: