Perempuan mereng yang buat stand up comedy hina Islam tu sudah didakwa. Cekap polis. Sekejap je dapat cari.
Sekali dengan kekasihnya polis kita dapat tangkap. Bukan kaleng-kaleng tu.
Perempuan yang viral di Second Link cabut nombor plat kereta lain pun dah dikenal pasti. Tak payah tunggu lama pun.
Dulu, kes bunuh abang Presiden Korea Utara (tak silap aku), walaupun rakaman tak jelas, tetap polis dapat berkas.
Lepas tu ada kes conteng mural KP Kesihatan dan PM waktu itu, walaupun dalam gelap, polis tiada masalah nak cari.
Itulah kehebatan polis kita. Rasanya antara yang terbaik di dunia. Banyak kes berjaya diselesaikan. Menyorokkan macamana pun, pasti polis akan dapat jejaki.
Cuma... Ada kala aku pelik juga. Begitu punya cekap pasukan polis kita, tetap Sirul dan Sajat berjaya bolos ke luar negara.
Jho Low pula masih bebas. Siap boleh pulak buat kenyataan media.
Paling sedih, sindiket seludup minyak masak yang dah bertahun berlangsung, polis tak dapat kesan. Kenapa jadi begitu ya?
Sampaikan kerajaan menyerah kalah dan terpaksa ambil keputusan potong subsidi sebab tak mampu tewaskan sindiket ini.
Nak kata tak cekap, polis kita antara yang terhebat di dunia. Tapi ada pula kes lemah yang tak berjaya diselesaikan. Di mana silapnya? Guane boh?