ISU WARIS KESULTANAN SULU. PEGUAM INI SEKOLAHKAN NAJIB




Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu, peguam ini sekolahkan Najib. Tiada siapa yang menafikan bahawa ada pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 dahulu. Nyawa rakyat Malaysia yang terkorban masih kita kesal sehingga hari ini.

2. Namun begitu tindakan menghentikan pembayaran RM5,300 kepada waris Sulu yang sah (melalui keputusan Mahkamah Tinggi Borneo Utara) selepas isu pencerobohan tersebut adalah tidak cermat. Kenapa tidak cermat? Sebab adakah Malaysia pernah mendakwa bahawa serangan Lahad Datu tersebut dibuat oleh waris sah Sulu? Yang kita tahu ada serangan, tetapi di bawah BN – Najib, mereka tak pernah cari sampai lubang cacing siapa dalang serangan dan terus sahaja tamatkan pembayaran RM5,300 tersebut.

3. Kenapa kita kena bayar RM5,300 setahun kepada waris Sulu? Ini adalah berdasarkan perjanjian lama tahun 1878 membabitkan Sultan Sulu (yang ketika dahulu memiliki wilayah Sabah) dengan Syarikat Borneo Utara. Ini fakta sejarah. Sebab itulah Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada tahun 1939 buat keputusan perlu ada bayaran ‘penyerahan hak’ sebanyak RM5,300 setahun.

4. Najib Razak juga mendakwa bahawa PH sokong untuk hentikan bayaran tersebut dengan memetik MP Kota Kinabalu. Saya rasa Najib ini gila dan tak faham bahasa inggeris agaknya. Laporan akhbar jelas menunjukkan bahawa MP Kota Kinabalu tanya “samada berhenti bayar sebab nak atasi masalah pencerobohan dan adakah duit tersebut akan digunakan untuk atasi masalah imigran di Sabah”. Tiada kaitan langsung dengan setuju ataupun tidak.

5. Kenapa waris Sulu ini memulakan saman ke atas Malaysia? Jawapannya ialah sebab Malaysia di zaman Najib telah menghentikan bayaran penyerahan hak tersebut. Alasan lain yang mereka berikan ialah bahawa mereka sebagai waris tak pernah serang Malaysia dan bukan mereka yang ceroboh Lahad Datu jadi kenapa hak bayaran mereka yang ditarik?

6. Dekat sini Najib Razak dah mulakan penipuan dia untuk memfitnah Pakatan Harapan. Katanya AG Tommy “luar biasa bodoh” apabila menulis surat kepada Paul Cohen. Katanya AG Tommy tak sepatutnya mengakui untuk bayar wang tertunggak penyerahan hak tersebut.

7. Najib nak suruh Pakatan Harapan menipu macam dia ke? Bertahun-tahun Malaysia bayar wang penyerahan hak itu sampai 2013, kemudian takkan PH tiba-tiba nak claim tak kenal pula pihak waris Sulu yang menuntut tu?

8. Dalam surat yang sama, AG Tommy dah pertikaikan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf saman timbang tara yang di bawa di Madrid. Malah yang dibuat oleh AG Tommy hanyalah menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Borneo Utara dan tawarkan untuk selesaikan bayaran penyerahan hak yang tertunggak. Itu sahaja. Malah di akhir surat pun diulang bahawa surat 2019 tersebut dalam apa jua cara tidak mengakui tuntutan timbang tara waris Sulu.

9. Najib tuduh pula masalah ini berlaku sebab AG Tommy dan PH tak hadir dan lawan kes di timbang tara Madrid. Macam mana nak hadir kalau Malaysia kekalkan pendirian bahawa itu bukan tempat yang sah atau forum yang tepat untuk selesaikan masalah ini. Cara AG Tommy dan PH lawan ialah dengan menegaskan bahawa waris Sulu tiada hak pun untuk memulakan apa-apa arbitrasi.

10. Malah Malaysia kemudian telah cabar keputusan dan perlantikan penimbang tara Dr Stampa yang memberikan award kepada waris Sulu tersebut. Mahkamah Tinggi Sepanyol pun dah batalkan award tersebut. Usaha ini digerakkan oleh AG Idrus sekarang ini.

11. Malahan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan putuskan bahawa apa-apa pertikaian melibatkan perjanjian 1878 tersebut didengar di Mahkamah Malaysia dan bukannya di mana-mana tempat timbang tara.

12. Lepas itu apa yang waris Sulu buat? Mereka larikan forum ke Perancis pula. Untuk lari daripada Sepanyol sebab mereka tahu Mahkamah Sepanyol dah cakap lantikan Dr Stampa yang keluarkan penghakiman tersebut tak sah.

13. Di Perancis inilah baru berlaku isu ada arahan untuk rampas aset Petronas di Luxembourg. Petronas pun dah keluarkan kenyataan semalam bahawa mereka dah tiada aset dekat negara tersebut lagi dan akui baru terima notis sahaja.

14. Jadi nampak dengan jelas bahawa waris Sulu ini cuba cari jalan untuk hidupkan tuntutan gila dengan lari ke sana sini. PH melalui AG Tommy dah nak selesaikan dengan tawar semula bayar bayaran penyerahan hak yang tertunggak. Tiada isu sesiapa jual negara dalam hal ini.

15. Yang senang makan umpan dan nak jadikan isu ini isu politik adalah Najib Razak sahaha nampaknya. Kenapa dia beriya-iya? Mungkin sebab dia dah tahu bahawa tindakah dia berhenti bayar kepada waris Sulu tahun 2013 itu adalah punca segala masalah ini.

16. Paling teruk lagi Najib cuba butakan mata semua dengan dakwaan bahawa Sulu ini hanya memulakan saman apabila kerajaan bertukar kepada PH pula. Jawapannya saman waris Sulu ini dah mula sejak 2017 lagi, check dekat sini https://jusmundi.com/.../en-nurhima-kiram-fornan-fuad-a...

“The Notice of Intention to Commence Arbitration

21.

Claimants served a preliminary notice of intention to commence arbitration, dated November 2, 2017, pursuant to the Deed (henceforth, the Notice of Intention to Commence Arbitration) at the Embassy of Malaysia in Madrid (Spain).”

17. Berhentilah menipu Najib.

Azri Abdullah

Peguambela Peguamcara

Mahkamah Tinggi Malaya

 

No comments: