TUUU DIAAA MENTERI AGAMA PUN TAK TAHU- NAK PE BUAT HAJI PUN KENA MENIPU JUGAK KAH ?

 


TH siasat dakwaan jemaah tipu status kesihatan




Ahmad Marzuk Shaary tidak menolak kemungkinan tempat baharu dan
 cuaca di tanah suci antara faktor yang menjejaskan kesihatan jemaah
 haji.

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) diarah menyiasat dakwaan bakal jemaah haji menipu status kesihatan demi mengerjakan ibadah itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.

“Perkara itu (dakwaan jemaah haji menipu status kesihatan) sudah dalam pengetahuan pihak berwajib dan saya sudah mengarahkan TH supaya menyiasat perkara ini.

“Sehingga kini, ianya belum disahkan kebenaran lagi dan kita akan menunggu maklum balas daripada TH,” katanya dipetik Harian Metro ketika mengulas dakwaan segelintir bakal jemaah haji merahsiakan status sebenar tahap kesihatan sebelum ia terbongkar di tanah suci.

Ahmad Marzuk tidak menolak kemungkinan tempat baharu dan cuaca di tanah suci antara faktor yang menjejaskan kesihatan jemaah haji.

“Justeru, kita menasihatkan bakal jemaah yang sudah berlepas ke tanah suci dan mereka yang bakal berlepas supaya menyediakan bekalan ubat yang sepatutnya.

“Ia bagi memastikan tahap kesihatan bakal jemaah sentiasa baik sepanjang mengerjakan ibadah haji,” katanya.