WAHAI PARTI AMANAH, KENAPA TAK AJAK WALAUN SEKALI. MASA BILA KERAJAAN MALAYSIA NI BERANI.KERAJAAN TERENGGANU NI IKUT JEJAK KERAJAAN MALAYSIA LA.....BAIK DARI DULU SAMPAI LA..KECUALI KERAJAAN PH SAHAJA YANG TAK TANGKAP ORANG FITNAH

 

Kerajaan ‘pengecut’, tutup jalan untuk halang ‘flashmob’, kata Amanah Terengganu






Jalan lenggang di Kuala Terengganu selepas polis menutup empat laluan
 bagi menghalang flashmob diadakan di pusat bandar semalam.

PETALING JAYA: Satu “flashmob” anjuran Amanah Terengganu untuk membantah kenaikan harga barang di Kuala Terengganu dihentikan pihak berkuasa semalam.

Ketua Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan kerajaan pengecut sehingga takut suara kumpulan 15 orang, termasuk lapan wanita.

“Oleh kerana kelemahan dan ketidakprihatinan kerajaan sendiri, kini mereka sangat takut akan bayang-bayang sendiri serta kemarahan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, polis pada mulanya memberi 15 minit kepada kumpulan itu untuk mengadakan “flashmob”, tetapi empat jalan menuju persimpangan Ladang Tok Pelam di Kuala Terengganu ditutup kepada orang ramai, sebelum himpunan bermula.

Beliau turut menyelar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Nik Muhammad Zawawi Salleh kerana meremehkan isu kenaikan harga barang dalam negara pada Jumaat lalu.

Menurut Nik Zawawi, keadaan di Malaysia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negara lain.

“Betapa terpisahnya kerajaan dari realiti sebenar mencengkam rakyat yang dibelenggu penderitaan pahit hari ini,” kata Raja Kamarul dalam responsnya kepada Nik Zawawi.

Jumaat lalu, kira-kira 100 orang menyertai protes anjuran Amanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan harga barang.

Hampir 15 anggota polis ditempatkan di sana demi memastikan himpunan berlangsung secara aman dengan peserta mendesak kerajaan menangani masalah itu.

Semalam, dua daripada 10 penganjur himpunan di Kampung Baru itu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat, manakala lapan lagi akan memberi keterangan pada 10 pagi esok.


No comments: