POLIS AKAN PANGGIL 30 HERO RAKYAT.

 


Himpunan ‘Turun Malaysia’, polis akan panggil 30 HERO RAKYAT





Kira-kira 500 peserta protes kenaikan harga barang ‘Turun Malaysia’ dihalang pihak berkuasa daripada berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.(Gambar Fail)

PETALING JAYA: Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengenal pasti 30 individu terlibat dalam protes kenaikan harga barang “Turun Malaysia”, di depan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.

Katanya, semua yang dikenal pasti itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Hari ini, kira-kira 2 hingga 3 petang, satu perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dikesan telah diadakan di depan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Hasil pemerhatian dibuat, didapati seramai lebih kurang 100 orang terdiri daripada mahasiswa, ahli parti politik, beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun mengadakan perhimpunan sambil memegang plakad dan banner bertulis ‘potong gaji menteri’, ‘turun & lawan’ dan lain-lain lagi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Bahagian siasatan jenayah IPD Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Dellhan turut menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan melanggar undang-undang.

Katanya, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang terlibat mengikut undang-undang yang masih berkuat kuasa.

Terdahulu, FMT melaporkan kira-kira 500 peserta protes kenaikan harga barang “Turun Malaysia” disekat pihak berkuasa daripada berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke Dataran Merdeka.

Protes dianjurkan gabungan mahasiswa dan NGO di luar pekarangan Sogo, bermula 2 petang dan berakhir selepas 3 petang.

Hampir 50 anggota polis berada di lokasi demi memastikan himpunan berlangsung aman dengan peserta mendesak lima tuntutan mereka dipenuhi kerajaan.

No comments: