*DEMONTRASI 'TURUN" DI SOGO, KL PETANG INI DIKUASAI OLEH ANAK2 MUDA*
Bermula jam 2.00 petang tadi, di hadapan kompleks Sogo, KL berhimpunnya anak2 muda terutamanya di kalangan mahasiswa dan pimpinan sayap pemuda dari parti2 politik termasuk dari AMK yang diketuai oleh Adam Adli telah menyatakan satu suara yang tegas kepada kerajaan.
Di antara 5 tuntutan mereka, termasuklah mendesak kerajaan menurunkan harga barang serta memotong gaji semua menteri yang ternyata gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Beberapa pimpinan muda telah berucap dengan penuh semangat sambil mendapat tepukan gemuruh dari para peserta himpunan. Meskipun mereka gagal berarak ke Dataran Merdeka kerana tidak mendapat kebenaran pihak Polis, namun suara mereka telah didengari dan ini merupakan amaran buat kerajaan tebuk atap.
Tahniah kepada semua pimpinan muda dan peserta demontrasi. Tabik buat Ketua AMK, Sdr Adam Adli yang tidak bercakap berdegar2 tetapi beliau turun ke lapangan.
*WFAUZDIN NS*