KEH..KEH...BILA DIA SUKA BERCAKAP TANPA KAJI LEBIH DAHULU

 Macam yang aku pernah sebut, kerajaan yang tak kompeten ini tak reti nak berfikiran jauh. Fikiran dia tertumpu pada yang dekat saja. Rabun jauh yang akut. Tapi masalahnya, dekat pun rabun juga.

Memang tujuannya macam baik. Tapi perlu diingat, bila majikan menggajikan pekerja, mereka mahukan kesinambungan dalam operasi. Tapi kalau setiap bulan cuti seminggu bahkan ada yang sampai 15 hari, nak ada kesinambungan macamana?
Bagaimana dengan guru-guru di sekolah? Sekolah kita ramai guru wanita. Kalau setiap bulan separuh guru cuti dalam satu masa, siapa nak ajar anak murid nanti? Takkan anak murid pun kena cuti?
Nanti kalau majikan mula cuba berdalih dari ambil pekerja wanita, ataupun bila ambil pekerja wanita, gajinya kurang sebab hari bekerja pun kurang tiap bulan, jangan pula kata wujud deskriminasi jantina.
Majikan macam biasalah, meniaga mesti mahu untung. Lagi pun, siapa yang nak periksa pastikan pekerja itu benar-benar dalam haid? Kalau demam pun kena ada MC daripada klinik yang diiktiraf.
Wanita yang dalam haid boleh saja jalankan tugas seperti biasa. Bukankah sudah dicipta pelbagai jenis tuala wanita untuk pelbagai aktiviti? Jadi apa perlunya cuti ini? Sekadar retorik politik untuk nampak seperti menteri buat kerja.
Lebih utama kalau kementerian usaha selesaikan isu wanita yang tidak diberi nafkah selepas cerai serta isu bapa yang lari dari tanggungjawab. Lebih berfaedah bagi kaum wanita negara ini. Guane boh?
May be a Twitter screenshot of 2 people and text that says "atro AWAJ Astro AWANI 10h "Proses pengenalan cuti itu bukan sahaja tentang kesejahteraan wanita, tetapi juga melibatkan implikasi ekonomi negara." #AWANInews #AWANIpagi i ASTRO AWANI Kajian cuti haid, subsidi tuala wanita dijangka selesai Oktober- Siti Zailah"