AKSB Dapat Pahala Korban Sekalipun Masalah Air Tak Selesai?

HUSAM MUSA

AKSB Dapat Pahala Korban Sekalipun Masalah Air Tak Selesai?

Lembaga Akademi Yakin Enjoy Pusing Dunia

1. Jangan marah. Tanya saja. Kalau betul kata betul. Kalau tak betul, pun bagi tahu tak betul.

Raya Korban baru lalu Ahli Lembaga Air Kelantan (AKSB) dapat peruntukan lembu korban RM 13,000 se orang?

2. Korban binatang ternakan sangat dituntut. Syarat, wang sendiri.

Kalau betul Aksb lulus RM 13,000 se orang untuk ahli lembaga sembelih korban, tak tahu lah dapat pahala atau apa hukumnya.

Aksb syarikat milik keseluruhan Rakyat Negeri Kelantan. Tugas penubuhannya ialah bekalkan air bersih secukupnya pada Rakyat.

Ada tempat sangat perlukan bekalan air. Masalahnya cuma paip sambungan tak ada. Kos pun hanya dalam puluhan ribu ringgit saja. Seperti penduduk Pulau Telok Renjuna yang saya pernah tulis dulu. Mandi junub dah tujuh tahun guna air sungai atau ke kampung seberang pakai perahu.

Mana berpahala? Siap paip untuk Rakyat atau sembelih lembu korban Ahli Lembaga?

3. Happy Go Lucky. Yang ni sah betul. Kerana ia dibentang sebagai Laporan Odit 2020 di DUN Kelantan.

Sikap happy go lucky pihak tertinggi kebanyakan agensi Kerajaan Kelantan terbukti dengan paparan Laporan Odit Kerajaan Kelantan 2020 yg dibentangkan dalam Sidang Dun Kelantan dua hari lalu.

Dulu kita dapat khabar cakap-cakap saja. Sekarang tertulis dalam Laporan Odit.

4. Laporan dimaksudkan antara lain Odit terhadap Akademi Yakin Sdn Bhd.

Syarikat ditubuh cari duit untuk Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Wang disumbang untuk Kias dalam tempoh EMPAT TAHUN - 2017, 2018, 2019 dan 2020 - HANYA RM 4.37 juta.

Purata hanya RM 1 juta setahun.

Secara terperinci sumbangan ikut tahun ialah :

- 2017 - RM 1 juta

- 2018 - RM1.32 juta

- 2019 - RM1.55 juta

- 2020 - RM0.50 juta (Cukup ke nak belanja hanya setengah juta ringgit?)

Wang belanja ke luar negara AYSB dalam tempoh sama pula adalah sebanyak RM 1,097,485! (Termasuk RM 172,593 hangus kerana tak jadi ke Uzbekistan disebabkan Covid 19)

Satu perempat dari wang disumbang untuk Kias!

Belanja untuk Kias RM 4.3 juta. Belanja MAKAN ANGIN RM 1.097 juta.

Kan lumayan?

Nasib baik tak separuh.

5. Banyak lagi kisah lawatan keluar negara tajaan Akademi Yakin Sdn Bhd.

Serta kisah pelaburan dan harta milik AYSB.

AKSB dulu-dulu pun kuat jalan makan angin juga. Info tentang perjalanan itu dah jadi sebahagian dokumen Mahkamah dalam salah satu saman Aksb.

Ada masa InsyaAllah kita revisit.

Sambung semula. Panjang-panjang Rakyat biasa malas baca.

Husam Musa

20 Dzulhijjah 1443H

20 Julai 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan