HUSAM MUSA - Mohd Amar Akan Jelaskan Tentang Balak Akademi Yakin Malam Ini?


May be an image of ‎4 people and ‎text that says "‎LIVE KELANTANTV TV چرامه SIDANG PASCA DUN Pengkplan KELANTAN 23 JULAI 2022 9 MLM 12 MLM 23 ZULHIJJAH 1443H SABTU PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN PENGKALAN CHEPA, KAMPUNG LANDAK Pakat Mari Belako! YB Ustaz Dato Nik Amar bin Nik Abdullah YB Dr. Izani bin Husin YB Ustaz Ahmad Fathan bin Mahmood YB Ustaz Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary Poster Ceramah Pas Pengkalan Chepa Malam Ini‎"‎‎

Mohd Amar Akan Jelaskan Tentang Balak Akademi Yakin Malam Ini?

1. Pas Pengkalan Chepa dijadualkan menganjurkan program Ceramah Perdana Pasca Sidang Dun dan Jubli Emas Pas kawasan itu pada malam ini.

Tentulah tokoh utama untuk memberikan ucapan tak lain dari Ketua Pas Pengkalan Chepa - Dato Mohd Amar sendiri.

Beliau juga adalah Timbalan Menteri Besar dan Pengerusi Akademi Yakin Sdn Bhd atau AYSB.

AYSB adalah tajuk tengah viral dengan foto-foto lawatan TMB itu di luar negara, khususnya ke Moscow. Ekoran pendedahan menerusi dokumen rasmi Laporan Odit yg dibentangkan di Sidang DUN Kelantan yg baru berakhir.

Sesuai benar atas kapasiti jawatan dan kaitan dengan Sidang Dun yg menjadi maudhuk ceramah malam ini untuk perkara ini disentuh oleh beliau nanti.

2. Selain isu lawatan yg membazir, boros dan setengahnya dibuat tanpa prosedur yg betul, isu-isu berikut turut didedahkan oleh Laporan Odit itu ialah BAYARAN KAWASAN BALAK DIKURANGKAN DARI HARGA ASAL.

3. Seperti kebanyakan agensi Kerajaan Kelantan yg lain, pembalakan dan perlombongan adalah jalan mudah untuk menjadi urusniaga mereka.

AYSB telah mendapat 10,000 ekar kawasan pembalakan. Selain 10,000 ekar kawasan berhutan balak untuk melombong.

Harga asal yg ditetapkan untuk syarikat terpilih (apa kriteria syarikat berkenaan dipilih tentulah satu misteri bagi Rakyat Kelantan kerana tidak pernah ada penjelasan tentang perkara sebegini bagi kesemua agensi) adalah sebanyak RM 3,500 se ekar.

Tentulah jumlah pendapatan yg patut diperolehi oleh AYSB adalah sebanyak RM 35 juta.

Perjanjian ditanda tangani dengan harga itu.

Sampai separuh jalan, syarikat memohon untuk mengurangkan harga bayaran dari RM 3,500 se ekar kepada hanya RM 1,600 se ekar. Pengurangan sebanyak RM 1,900 se ekar!

Banyak tu! Lebih separuh diskaun.

Lembaga AYSB pada mesyuarat Bil 1/2019 pada 18 Januari 2019 telah bersetuju dengan permohonan syarikat.

Sebegitu mudah?

4. AYSB dipengerusikan sendiri oleh YB Mohd Amar. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pelaburan AYSB sejak 2014 atau lapan tahun silam.

Hal ini ditegur oleh Jabatan Odit kerana memungkin pertindihan kepentingan dan tidak wujud pengasingan kuasa (muka surat 23 - buku Laporan Odit)

Lebih kurang kedudukan DS Najib dalam kes 1MDB.

Teguran itu tidak dihiraukan. Bah kan se akan dilanggari dengan agak sombong.

'Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah AYSB Bil. 1 Tahun 2021 pada 30 Mei 2021 telah membuat keputusan untuk mengekalkan Pengerusi Lembaga AYSB sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pelaburan AYSB' - petikan dari buku Laporan Odit, muka surat 24.

Amboi!

Apa nak peduli teguran Jabatan Odit.

Hebat

kan?

5. Ahli Lembaga AYSB antara lain terdiri dari Dato Takiyudin Hasan dan Exco Kerajaan Kelantan YB Azami Mohd Nor.

Orang-orang

hebat

belaka.

Tiga lagi anggota Lembaga AYSB termasuk Pengarah PTG dan pegawai-pegawai.

Kesemua enam anggota saja. Tapi bab faedah kewangan, jumlah yang mereka dapat bagi tahun 2019 dan 2020 mengalahkan jumlah perbelanjaan gaji dan elaun pegawai dan kakitangan AYSB!

Belanja Ahli Lembaga bagi tahun 2019 ialah RM 654,362 berbanding belanja kakitangan RM 462,872.

Bagi tahun 2020, belanja Ahli Lembaga ialah RM 429,500 berbanding belanja kakitangan RM 354,541.

Hebat

kan?

6. Berbalik kepada pengurangan harga bayaran balak tadi.

Sudah tentu ia menyebabkan kerugian hasil AYSB.

Harga sebelum pengurangan hanya terpakai kepada tiga kompartmen saja iaitu kompartmen 23, 28 dan 44.

11 kompartmen lagi akan memakai harga baru yang berkurangan sebanyak RM 1,900 se ekar itu.

7. Apa asas pengurangan harga balak itu?

Kenapa tidak gunakan harga mengikut tan pengeluaran balak?

Apa kata jika sebenarnya pengeluaran balak itu banyak sedangkan harga telah dikurangkan?

Siapa nak tahu?

Kecuali Dato Mohd Amar sanggup menggunakan kuasanya untuk dedahkan rekod pengeluaran balak (yang tidak diselewengkan) kepada umum.

Sanggup ke beliau? Walau pun kita tahu Dato Mohd Amar se orang pemberani, tapi bab ketelusan info balak, lombong dan setara dengannya, beliau sama dengan pemimpin lain Kerajaan Kelantan. Menikus.

Tiada ketelusan.

8. Jadi, panjang lah lagi masa di mana kuasa boleh diguna ikut suka hati nak kurang dan bagi diskaun balak luas-luas ini.

Ia tetap akan jadi milik istimewa tak sampai 10 orang manusia di Bumi Kelantan.

9. Selain pengurangan harga balak, syarikat rakan niaga AYSB itu juga diberikan pengurangan kadar sewaan tanah dari sebanyak RM 150 se ekar untuk seluas 10,000 ekar itu kepada mengenakan sewa kepada kawasan yang sudah dikerjakan balak.

Turut dikurangkan ialah jumlah bayaran denda lewat bagi bayaran tahun pertama hingga kelima sewaan tanah daripada RM 720,000 kepada

RM 358,000.

Separuh diskaun. Murah hati kan?

Dengan itu, pendapatan yang diperoleh oleh AYSB bagi tempoh 2017 hingga 2020 telah berkurangan sejumlah RM 5.73 juta (41.5%) berbanding dengan pendapatan mengikut terma yang ditetapkan dalam perjanjian berjumlah RM 13.81 juta akibat pengurangan-pengurangan diberikan.

Kurang sebanyak RM 8 juta!

Banyak tu.

Seronok jadi syarikat berusaha sama dengan AYSB yang diterajui TIGA PEMIMPIN

HEBAT

PAS KELANTAN.

10. Banyak lagi yg disebutkan dalam Laporan Odit itu tentang AYSB.

Malam ini semua ini pasti akan dijelaskan oleh YB Mohd Amar.

Husam Musa

23 Dzulhijjah 1443H

23 Julai 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 


No comments: