#AyuhMalaysia di Pulau Pinang malam ini.


 

#AyuhMalaysia di Pulau Pinang malam ini.

Dalam masa kurang sebulan, saya Nurul Izzah Anwar Nik Nazmi Chang Lih Kang Manivanan Gowin Lee Chean Chung Akmal Nasir dan sukarelawan lain yang menggerakkan Ayuh Malaysia berjumpa sahabat-sahabat di Kuala Lumpur, Johor Baharu dan (malam ini) Pulau Pinang.

Kesemua meja dijual dalam tempoh dua minggu jualan tiket dibuka. Malam ini, lebih 100+ meja dijual.

Mereka yang menyumbang dan hadir terdiri dari pendukung KEADILAN/PH, aktivis, golongan professional, anak muda - maknanya rakyat biasa.

Gerakan seperti ini menyatukan rakyat yang cintakan persaudaraan berasaskan keadilan dari pelbagai kaum.

Ini adalah acara membina keupayaan kewangan bersiri yang paling besar dan konsisten dianjurkan oleh KEADILAN/PH sejak pengkhianatan Februari 2020.

Semasa saya memberi arahan untuk menjayakan acara ini secara bersiri di tiga bandar besar dalam masa sebulan, kumpulan sukarelawan yang menggerakkan #AyuhMalaysia nyaris jatuh kerusi. Saya nampak riak wajah mereka yang merasakan ia satu perkara mustahil. KEADILAN/PH telah berdepan dengan kelesuan politik selama dua tahun dan penyokong tegar pun selalu mengkritik (apatah lagi menyumbang kewangan!).

Lagi pun, kumpulan anak muda yang menjayakan keseluruhan siri kutipan dana ini (dari promosi, penganjuran, logistik, media digital, jualan dan lain-lain) hanyalah lima orang Description: 🤣

Kini, selepas hampir sebulan, kita boleh rasa momentum yang meningkat sedikit demi sedikit.

Kita akan ambil masa untuk mendapatkan kembali kekuatan sebelum ini. KIta perlu berusaha lebih keras untuk memenangi hati rakyat.

Tetapi percayalah kita sekarang sudah berdiri. Selepas ini kita berlari anak untuk memanaskan badan. Selepas itu kita pecut.

Lawan politik kami lupa bahawa kami dilahirkan sebagai aktivis di jalan raya yang biasa dikejar, dipukul dan dihumban ke lokap sejak kami awal 20an.

Setiap kali kami jatuh, kami tidak pernah gagal untuk bangun.

Jumpa kami di Pulau Pinang malam ini dan jangan lupa tonton di media sosial.