AURAT YANG TIDAK DIJAGA

 

ASYRAF JEFFRY

Salah satu perkara ajaib di Kelantan yang saya tertanya-tanya, bagaimana Kerajaan Negeri boleh membenarkan pertandingan Muay Thai walhal jelas-jelas buka aurat?

.
Mohon penjelasan.
.
Gambar sekadar hiasan.
May be an image of 4 people, people standing and text that says "mk Kredit: MalaysiaKini FB:Kelantan State SENI & HIBURAN apea Mat Kilau di Kelantan Sabtu ini"
[KOTA BHARU]
Tayangan percuma Mat Kilau di Kelantan Sabtu ini
MELOR, KOTA BHARU: Seramai 2,000 penonton bertuah akan menyaksikan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara percuma pada 24 Julai (Sabtu) ini, sempena berlangsungnya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.
Filem biografi epik yang sarat dengan mesej patriotisme itu akan dipertontonkan kepada rakyat Kelantan yang bertuah pada 8 malam, bertempat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor di Kota Bharu.
Penyelaras program bagi tayangan filem tersebut, Ahmad Termizi Musa berkata tiket percuma itu akan diedarkan kepada rakyat yang bertuah melalui wakil yang dilantik oleh pihaknya di setiap jajahan di negeri ini.
Beliau berkata Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai pawagam namun sempena Jelajah AKM kali ini, pihaknya berusaha menonjolkan suasana umpama berada di dalam pawagam dengan memberi keselesaan dan pastinya kenangan yang cukup bermakna kepada penonton yang hadir.
"Selain itu, tayangan filem Mat Kilau ini juga adalah antara usaha kita untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Jelajah AKM Kelantan yang berlangsung 22 hingga 24 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, menyediakan pelbagai acara menarik seperti Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, gerai pameran agensi dan kementerian, persembahan tradisional, bekwoh (kenduri), persembahan kebudayaan dan pertandingan Muay Thai.
Menjelas lanjut, Ahmad Termizi berkata keseluruhan kawasan di tempat tayangan itu akan ditutup kerana hanya 2,000 penonton terpilih akan dibenarkan untuk menonton filem itu dan pihaknya juga akan mengasingkan tempat duduk antara penonton lelaki dan wanita.
"Dari segi kawalan pula, kita akan pastikan semua penonton tidak membuat sebarang rakaman semasa tayangan filem itu disiarkan. Sekiranya kita dapat menangkap individu yang ingkar dengan arahan ini, petugas akan mengarahkan penonton berkenaan keluar dengan serta-merta dan memadam video rakaman berkenaan," katanya.
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan pengarah Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof mula ditayangkan pada 23 Jun lepas termasuk di Singapura dan Brunei serta berjaya meraih kutipan tiket berjumlah lebih RM80 juta, setakat ini.
Antara pelakon hebat yang membarisi filem ini adalah Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan pelakon dari seberang yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.
- Bernama
Sumber: MalaysiaKini

No comments: