NORMAN RADZUAN
Siapa sangka Search tanpa Amy lebih berjaya
KidDin TAKLUKI SEARCH
Dah 18 tahun aku tidak menulis mengenai rock seperti dulu2. Hari ini buat julung kalinya aku kembali menulis mengenai sebuah band rock terunggul di negara ini.
Aku tidak mahu prejudis dlm menilai Search siapa yg lebih baik. Sebabnya kedua anggota tersebut samada Amy, Nasir, John, Toyan, Man Kidal, Kid dan Din kawan lama yg sgt2 aku kenali. Biar aku bicara secara jujur tanpa dipengaruhi sesiapa.
Apatah dulu aku pernah berpihak bila berlaku krisis Amy dan Yazit serta Joe dan Awie… aku juga yg jadi mangsa keadaan. Bila mereka berbaik (bersatu) dlm band kan kita yg rasa serba salah. Kali ini sesuai dgn usia aku yg sudah 50 thn…aku tidak mahu terpengaruh dgn situasi seperti itu lagi.
Aku menggunakan khidmat 4 artis dan 5 kaum keluarga utk meminta rakaman video dan penilaian atau pandangan mereka. Selain aku melihat 10 rakaman klip video konsert Search Endamik dan 10 klip video konsert Search Rooftop.
9 org tadi adalah mereka yg menonton live di kedua dua konsert. Pada awal lagi semalam mereka beritahu konsert Search KidDin ini ramai ‘Mat Rock’ sejati yg dtg selain rakan2 artis.
Dipendekkan cerita kesemua mereka memilih Search KidDin jauh lebih baik dari konsert Search yg diterajui oleh Amy. Bukan kerana Amy tidak boleh menyanyi tetapi rata2 mengatakan muzik Search dimiliki oleh Kid dan Din. Adik beradik ini telah mencorakkan arrangement music hingga terasa betul inilah muzik Search.
Bukan mudah utk sesebuah band bergerak tanpa penyanyi asal. Apatah lagi penyanyi asal mereka juga menggunakan nama yg sama.
Ok kita terus kpd konsert ini… aku menggunakan headphone utk menghayati sound kedua konsert. Nyata memang benar sound muzik yg dibawa oleh Kid dan Din Search Rooftop ini mengingatkan aku kembali kpd Search sebenar. Tidak boleh dinafikan lagi Din adalah King of rhythm. Nyata riff gitar Din melekat di halwa telinga.
Kid pula telah meletakkan sound gitarnya solonha sebagai harta intelek eksklusif Search. Fuh solo lagu Teguh dia sebijik. Jujur aku sepanjang mengenali Search tidak pernah melihat mereka membawa lagu ini secara live di mana2 pentas konsert. Mungkin ada tetapi aku tidak hadir.
Toyan pula bassnya seperti bersatu dgn drum. Yg mengejutkan aku Yan nampak lebih agresif dari Nasir di atas pentas. Tentang drummer salute kerana stroke dan tone dia mengingatkan aku kpd arwah Yazid. Maaf aku tidak mengenali kedua drummer Search.
Secara peribadi Kid dan Din agak sedikit nakal apabila memilih lagu2 yg jarang dimainkan Search secara live…yg mana lagu2 agak ngeri utk disampaikan oleh mana2 penyanyi. Jadi bila melihat kedua konsert ini kita dpt merasakan perbezaannya dari pemilihan lagu.
Lagu Teguh seperti lagu Nur Nilam Sari… lagu yg agak gayat juga dinyanyikan oleh penyanyi asal. Saya terkejut bila melihat Denden Gonjales selamba menyanyikan lagu Teguh.
Nyata Awie dan Hattan tersilap apabila mencadangkan nama seorang penyanyi tempatan utk bersama Search dlm satu program realiti tv bernama Tuah. Ini kerana Denden bukan sekadar menampung kekosongan tetapi berjaya membawa kesemua lagu2 Search dgn baik.
Tentu ramai yg ingin melihat aksi Denden. Bagi aku adalah tidak adil utk membandingkan kekuatan vokal Amy dgn Denden ini kerana kedua mereka umur sgt berbeza. Denden seperti anak Amy kerena baru berusia 38 tahun dan Amy kini sudah 63 tahun.
Bagi aku klimaks vokal Amy ketika konsert Search Evolusi 2004. Ketika itu usia Amy 45 tahun. Begitu juga Ramli Sarip ketika Konsert Sejuta Wajah tahun 1996 adalah puncak terbaik vokalnya.
Kedua konsert ini aku tonton secara live dan selepas itu saya melihat kedua lagenda rock ini pretasi vokal mereka menurun atas faktor usia. Jadi perbandingan kekuatan vokal antara Amy dan Denden jgn kita ukur kerana kedua mereka sgt berbeza dari segi umur. Amy waktu muda juga hebat seperti Denden.
Disebalik kehebatan Denden… ada beberapa kelemahan dirinya berbanding dgn Amy. Gagal berinteraksi dgn baik bersama penonton, kurang agresif dan dia perlukan bantuan fashion designer… baju kot utk pergi kerja bukan atas pentas. Yg lain aku beri 5 bintang sb Denden telah mengembalikan nostalgia Search yg aku kenali 35 tahun dahulu.
Lagu yg aku paling suka dgr adalah lagu Metropolitan… lagu ini betul Rock n Roll habis. Dulu tak merasa dgr kali ini dpt tgk live walaupun melalui klip video… enjoy sungguh.
Ada yg kata terkilan mereka tidak sampaikan lagu Isabella. Bagi aku tak perlu sb rasanya sudah muak utk didengar. Aku harap selepas ini Din dan Kid byk lagi lagu2 dari album Karisma dan Rampage.
Aku rasa Din dan Kid mesti enjoy sb mereka boleh minta Denden sampaikan apa sahaja lagu kerana Denden bisa menyanyi tanpa perlukan bantuan penonton.
Ok rumusan mengenai kedua konsert ini… aku melihat percakaran peminat Amy dan Din/Kid ini lebih kpd personal mereka. Bagi peminat Search mereka melihat Amy seperti artis ‘kayangan’ berbanding dgn Din dan Kid yg dilihat seperti rockers sejati.
Antara komen rakan2 artis kpd aku… Search Endemik buat konsert di tempat kayangan, fesyen mereka juga seperti kayangan… ada yg kata gaya je lebih tapi show kurang menyengat.
Kata mereka lagi berbanding dgn Din dan Kid yg kebetulan membuat konsert di Campbell yg merupakan nostalgia rockers Malaysia zaman 80an dan 90 an dahulu… mutu persembahan mereka nampak mantap dan mereka berkata SEARCH SUDAH KEMBALI.
Bagi aku sentimen Amy meninggalkan Search atau Din dan Kid telah membuat majoriti peminat Search lebih simpati kpd kedua beradik ini. Ini dpt aku lihat dari ratusan komen netizen di media sosial.
Apapun itu soal peribadi antara mereka yg telah membuat netizen teruk menghentam Amy. Harap lepas konsert ini cukup2 lah kecaman tersebut dan anggaplah kalian sudah ada pilihan.
Aku nak bagitahu selain kekuatan kedua beradik ini rupanya mereka ini ada gaya intelektual dlm berbicara ketika promosi konsert. Selama ini kita hanya melihat Amy, Nasir dan Yazid yg byk bersuara… kali ini barulah ku tahu Din dan Kid bukan seperti kita sangka. Mereka selama hari ini terlalu low profile di dlm band.
Siapa sangka tanpa Amy… Din dan Kid boleh membawa nama Search lebih baik dari disangka. Selain kekuatan kedua beradik ini bagi aku kdg2 tuah manusia tiada siapa yg tahu.
Ok itu saja komen aku pada pagi minggu ini…. Jika jadi konsert Search di Johor harap aku tak bz lagi.