MMM..MEMANG HANG KURANG BIJAK SEBAB YANG LANTIK HANG ADALAH PERANCANG SEJAK AWAL LAGI NAK BAGI KECOH. AKHIRNYA DIA KHIANAT LETAK JAWATAN

 

‘Kamu pun kurang bijak, perlu juga lihat cermin’, Anwar bidas Thomas

289Shares
facebook sharing button 217
twitter sharing button 71
whatsapp sharing button
email sharing button

Anwar Ibrahim berkata beliau menerima kritikan Tommy Thomas yang
 memintanya melihat cermin berikutan kegagalannya menjadi perdana
 menteri.

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim membidas Tommy Thomas apabila meminta bekas peguam negara itu juga melihat cermin.

Presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Thomas pada 8 Jun lalu seperti dilapor China Press, mengapa beliau masih belum menjadi perdana menteri.

Thomas yang berkhidmat sebagai pendakwa raya tertinggi negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan berkata, beliau berasa sedih bagi pihak presiden PKR itu.

Anwar berkata, ketika Thomas menjadi peguam negara, ada juga tindakannya yang disifatkan “kurang bijak”.

“Tommy Thomas juga harus lihat cermin kerana dalam bidang masa (menjadi peguam negara) dia ada jalankan tugas dan dalam buku dia unsur-unsur perkauman tebal.

“Unsur hina keupayaan penjawat awam, termasuk (yang di) Jabatan Peguam Negara keseluruhannya. Tak boleh kata begitu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri peluncuran kombo merdeka di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  pusat dagangan dunia (WTC).

Ketua Pembangkang turut membidas kritikan Thomas berhubung kenyataannya terhadap bekas perdana menteri Abdul Razak Hussein sebelum ini yang dikatakan menjadi punca rusuhan 13 Mei 1969.

Anwar berkata, begitu juga tindakan Thomas mengulas mengenai kes bunuh yang masih dalam perbicaraan di mahkamah.

“Jadi, ada juga kurang kebijaksanaan yang memerlukan dia melihat ke cermin,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata beliau menerima krtikan Thomas yang memintanya melihat cermin berikutan kegagalannya menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, Anwar mempersoalkan adakah sebab beliau enggan bertolak ansur dalam rasuah dan campur tangan kes mahkamah beberapa pemimpin politik dianggap kegagalannya menjadi perdana menteri.

“Saya boleh beritahu dia, saya akan jadi perdana menteri jika saya bertolak ansur kepada rasuah dan campur tangan dalam mahkamah, maka saya akan menjadi perdana menteri. Tada siapa boleh mempertikaikannya tetapi saya enggan.

“Adakah itu satu kegagalan,” soalnya.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata buat masa ini beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemilihan PKR.

“Saya buat kenyataan rasmi setelah Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) buat pengumuman rasmi. Saya dinasihat jangan buat apa-apa kenyataan yang menyinggung pemilihan, tetapi pemilihan dan semangat perubahan sesuatu positif untuk parti,” katanya.