KIRANYA DBKL MENAFIKAN. KIRA BERITA PELESU LA NI YA...MMMMM..PISHANGGGG

 

DBKL nafi beri projek RM30 juta ganti tiang lampu kepada syarikat Sarawak






SCIB berkata, kontrak diberikan kepadanya adalah bagi perkhidmatan
 kejuruteraan projek penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah
 Klang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) untuk menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang seperti yang didakwa.

Kenyataan ini dibuat susulan laporan bahawa kontrak untuk projek itu, bernilai RM30.75 juta, diberikan kepada pembuat produk konkrit yang berpangkalan di Sarawak, melalui Ennova Sdn Bhd.

“Kami ingin merujuk kepada artikel di beberapa media yang menyatakan Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) akan melaksanakan kerja-kerja untuk DBKL.

“Pihak DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL,” katanya dalam kenyataan.

DBKL mendapat kecaman daripada DAP dan warganet berhubung projek itu kerana kosnya dikatakan terlalu tinggi hanya untuk menggantikan 200 tiang lampu.

“Orang ramai tertanya-tanya, adakah kontrak bernilai RM30.75 juta itu semata-mata hanya untuk membina 200 tiang lampu?” soal Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dalam kenyataan semalam.

“Adakah ini bermaksud pembinaan satu tiang lampu perlu menelan kos bernilai sebanyak RM153,750?”

Lim, yang juga pengerusi biro aduan awam DAP, menuntut DBKL turut menjelaskan sama ada kerja itu diberikan melalui tender terbuka, dan mengapa ia diberikan melalui pihak ketiga (Ennova).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, SCIB berkata, kontrak itu adalah untuk perkhidmatan kejuruteraan projek bagi penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang.


No comments: