PULAK...BARU TADI AKU INGAT BERITA PELESU.....?????



Kalau bukan anda, siapa? DAP soal DBKL projek RM30 juta ganti tiang lampu






Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada DBKL dan
 Suruhanjaya Sekuriti ada mendapatkan SCIB bagi penjelasan lanjut.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penafian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang, menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan, kata Ahli Parlimen DAP.

Dalam kenyataannya, DBKL menafikan laporan pihaknya memberikan kontrak bernilai RM30.75 juta kepada SCIB, melalui Ennova Sdn Bhd.

Kenyataan itu dikeluarkan walaupun SCIB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, menyatakan syarikat itu diberikan kontrak berkenaan.

DBKL berkata, pihaknya tidak memberi kebenaran kepada mana-mana pihak ketiga untuk melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.

Bercakap kepada FMT, Pengerusi Biro Aduan Awam DAP Lim Lip Eng, mempersoalkan pihak mana yang membayar RM30.75 juta itu dan siapa pula penerimanya.

“Adakah DBKL menafikan berlaku proses kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan kontrak bernilai RM30.75 juta bagi penggantian 200 tiang lampu di Lembah Klang?

“Adakah DBKL dan Suruhanjaya Sekuriti mendapatkan maklum balas lanjut daripada SCIB, syarikat senaraian awam bagi penjelasan?”

Semalam, Lim yang juga Ahli Parlimen Kepong, menyatakan kebimbangan berhubung kos kontrak terbabit yang dianggap terlalu besar bagi menggantikan 200 tiang lampu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, SCIB berkata kontrak itu untuk perkhidmatan kejuruteraan projek bagi penggantian jumlah unit lampu berkenaan.

Dalam pada itu, DBKL dalam kenyataannya, hari ini, berkata pihaknya melantik secara berperingkat 29 syarikat panel yang mempunyai lesen ‘network facilities provider’ (NFP) sejak 2013, bagi melaksanakan penggantian tiang lampu sedia ada kepada tiang lampu berintegrasi sistem pemancar telekomunikasi, di sekitar Kuala Lumpur.

“Dan segala kos penggantian tiang lampu ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat panel tersebut.”

Katanya, tiang lampu dwifungsi itu merupakan tiang lampu jalan diintegrasikan dengan pemancar telekomunikasi.

“Rasional pembinaan tiang lampu dwifungsi ini adalah untuk meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi di Kuala Lumpur kepada rangkaian 5G selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menyiapkan infrastruktur ini di Kuala Lumpur secepat mungkin,” katanya.


No comments: