JAMZURI ARDANI
Kalau kita fahami sejarah lampau, saya fikir boleh dikatakan
hampir semua bentuk tarian tradisional dari pelbagai bangsa di seluruh dunia
ini pada asalnya adalah suatu bentuk sembahan ... samada sembah 'Tuhan', atau
sembah 'roh nenek moyang', atau sembah 'Raja'.
Tidak kiralah tarian tradisi itu berasal dari Eropah, India,
China, Afrika, Jepun, New Zealand, atau Nusantara.
Manusia zaman dulu tidak akan saja-saja cipta pelbagai bentuk
gerak tarian sekadar untuk suka-suka tidak macam manusia zaman ini. Semuanya
pasti ada 'punca kuasa' yang menyuruh, mengatur, dan akhirnya mengesahkan
tarian tersebut untuk kemudiannya ditiru dan diperturunkan ke generasi
seterusnya. Punca kuasa itu pada zaman tersebut hanya boleh datang dari dua
sumber; kepercayaan (agama) atau feudalisma (istana).
Tarian-tarian ini kemudiannya menjadi budaya walaupun pada
asalnya adalah suatu bentuk sembahan.
Jadi, kalau kita mahu berhujjah samada halal atau haram hukum
sesuatu tarian tergantung samada ianya budaya atau agama, garis pemisahnya
mungkin tidak begitu jelas kerana asalnya dulu semuanya adalah suatu bentuk
sembahan.