POLIS KENA HUKUM, BUDAK YANG BAWA KERETA LEPAS. WAH..CANTIK PUNYA LANGKAH??

 

Anak MP guna outrider polis, PDRM kata 2 anggota polis trafik sedang disiasat dan jika bersalah akan dihukum.
Syabas PDRM ambil tindakan tegas. Tapi soalan saya, bagaimana pula dengan anak MP yang ternyata telah salah guna kuasa?
Kalau ikut jawapan Parlimen kepada saya pada Mac 2022, anak MP TIDAK TERMASUK dalam senarai yang layak dapat perkhidmatan outrider polis.
Jangan hanya hukum anggota polis, ini kena hukum sekali geng VVIP dan anak pinak sanak saudara mereka yang buat semacam mereka ni Raja!
Last sekali, bagi saya, selain Raja-raja, semua orang politik yang lain tak perlu guna outrider polis, tak kira parti mana pun. Jangan bazir tenaga kerja PDRM.
Jalan teruih, keluar rumah awal, tak perlu guna outrider polis.

No comments: