PRU15 mungkin benteng terakhir PN, kata penganalisis




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dilihat sebagai individu paling penting
 dalam menyatukan puak-puak dalam gabungan itu.

PETALING JAYA: Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mungkin menjadi benteng terakhir Perikatan Nasional (PN), penganalisis politik memberi amaran.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, beliau percaya PRU15 “paling tidak, adalah peluang terakhir” untuk PN.

Walaupun semangat gabungan itu lemah ketika ini, beliau tidak menjangkakan ia akan mengelak daripada bertanding pada PRU.

“Jika prestasi mereka buruk pada PRU15, gabungan itu akan hancur, namun semestinya mereka akan dapat bertahan sehingga PRU15,” kata Chin kepada FMT.

Beliau bersetuju dengan pandangan felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir bahawa PN telah kehilangan pengaruh yang ketara apabila pengerusinya, Muhyiddin Yassin, tidak lagi menjadi perdana menteri.

Pejabat Perdana Menteri, jadi jelas sekali, jika anda bukan lagi perdana menteri, anda tiada kawalan atas naungan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, walaupun sebahagian besar orang Melayu luar bandar masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN), PN mungkin boleh maju jika puak-puak dalam gabungan itu bekerjasama.

“Seperti pada 2018, muslihatnya adalah anda perlu majoriti. Masalahnya, pembangkang berpecah-belah,” kata Chin.

Profesor Madya Universiti Malaysia Sabah Anantha Raman Govindasamy bersetuju bahawa Muhyiddin adalah individu paling penting dalam menyatukan puak-puak dalam PN.

“Tanpanya, saya tak rasa ahli-ahli lain dalam gabungan itu, seperti PAS, Gerakan atau parti dari Sabah dan Sarawak boleh mengambil langkah seterusnya,” kata Anantha kepada FMT.

Beliau berkata, tiada pemimpin lain yang sesuai untuk memikul tugas menyatukan PN.

“Wujud tanggapan bahawa PN adalah gabungan pelompat parti, jadi timbul persoalan integriti dan kredibiliti,” katanya.

No comments: