NAK BUAT MACAMANA...TAMADUN TAK MASUK AKAI

 


0:00 / 1:26
Sebilangan pelawat membelasah pengawal keselamatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu, Kelantan.
Rakaman amatur berikut menunjukkan insiden yang berlaku petang semalam, dipercayai akibat pelawat tidak berpuas hati dengan tindakan pengawal keselamatan hospital terbabit yang tidak membenarkan mereka membawa kanak-kanak ke dalam wad.
Menjelaskan keadaan tersebut hari ini, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata wad yang hendak dikunjungi pelawat terbabit amat sensitif kerana menempatkan pesakit-pesakit berkaitan pernafasan, Wad Separa ICU.
HRPZ II, ujarnya, memang mengamalkan dasar fleksibiliti terhadap waktu melawat kecuali bagi wad-wad tertentu termasuk ICU, CCU dan HDW.
Pihak hospital sehubungan itu, meminta kerjasama pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab, mencetuskan kekecohan di tempat awam.