KEJAYAAN KERAJAAN N9

 

Menjelang 4 tahun pemerintahan, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah berjaya menunaikan 95% daripada tawaran dalam manifesto Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 lalu.
Untuk makluman, sebanyak 71 tawaran telah dikemukakan pada PRU-14 yang lalu.
Antara beberapa manifesto utama yang berjaya direalisasikan adalah:
1. Pengurusan kewangan berhemah tanpa ketirisan dan pembaziran – Rizab Kerajaan Negeri RM734 juta pada tahun berakhir 31 Disember 2021.
2. Sistem tender terbuka.
3. Meningkatkan pelaburan asing (FDI) – RM23.51 bilion dengan lebih 17,227 peluang pekerjaan dapat ditawarkan.
4. Menaikkan elaun daripada RM900 sebulan kepada RM950 sebulan untuk 1,500 Guru KAFA.
5. Elaun Bilal daripada RM200 dinaikkan kepada RM500.
6. Elaun Siak daripada RM200 dinaikkan kepada RM450.
7. Bantuan Sara Hidup Mahasiswa RM100 setiap bulan (golongan B40).
7. Peruntukan RM3 juta setiap tahun kepada Pusat Tahfiz Swasta, SJKC dan SJKT.
8. Bantuan one-off RM200 kepada 4,500 ibu tunggal.
9. Menaikkan Bantuan Am Bulanan OKU daripada RM140 kepada RM200 sebulan untuk 2,491 penerima manfaat.
9. Program Power House Wanita Gemilang (PH GEM) – 26,170 peserta telah mendapat manfaat.
10. Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) – Dana RM15 juta – 5,147 usahawan kecil mendapat manfaat.
11. Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan PLUS (TUNS PLUS) – Dana RM6 juta – 413 usahawan kecil mendapat manfaat.
12. Menukar status tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal.
13. Menyelesaikan projek perumahan yang terbengkalai sejak zaman kerajaan negeri yang terdahulu – Taman Perpaduan Heights, Kuala Pilah.
14. Tiada kenaikan cukai tanah dan cukai taksiran selama lima tahun.
15. Perkhidmatan bas percuma.
Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa komited dalam merealisasikan tawaran buat rakyat negeri bertuah ini.
Insya-Allah, semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

No comments: