Sampai mahkamah keluarkan arahan berhimpun. Tak cukup dengan
sekatan jalan raya je. Beberapa perkhidmatan awam pun dihentikan semata-mata
untuk halang perhimpunan tentang Azam Baki ni?
Ismail suruh orang move on tapi macam ni cara dia layan perkara
ni, cuma lebih timbulkan tanda tanya. Kenapa macam ni sekali nak lindungi Azam
Baki? Sampai dapatkan arahan mahkamah bagai.
Perhimpunan yang nak dianjurkan tu perhimpunan aman. Bukan nak
buat rampasan kuasa. Beri saja mereka berhimpun. Azam pun yakin tak bersalah.
Nak takut apa? Kalau betul tak bersalah, nanti yang malu orang yang berhimpun.
Bukan Azam Baki.
Tapi entahlah. Kalau aku nak yakin Azam Baki tak bersalah pun,
tengok kepada cara respond kerajaan begini buatkan aku mula syak. Kalau tak
bersalah kenapa takut sampai macam ni sekali. Kan?
Kenapa perlaksanaan demokrasi di Malaysia sampai begini sekali?
.