Walaupun sesetengah orang mentertawa dan mempersenda kemunculan Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa Taman Sri Muda dilanda banjir baru-baru ini, Presiden Amanah Mohamad Sabu sebaliknya memuji menteri kewangan terbabit.
Malah ahli parlimen Kota Raja itu menganggap apa yang dilakukan Tengku Zafrul adalah betul berbanding tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Kata Mohamad, menyelamatkan mangsa banjir bukanlah tugas seorang menteri sebaliknya melihat keadaan yang ada di lokasi dan membuat perancangan bagi menangani isu tersebut