Di Parlimen semalam, Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim teruk diasak kerana beliau pergi umrah waktu negara dilanda banjir besar. Apa jawapan beliau?
Dia kata, saya pergi umrah, ada MP yang pergi luar negara main salji. Mana lebih baik? Katanya.
Itu bukan jawapan wahai Tuan Berahim. Kamu tahu tak beza tugas kamu dengan MP yg lain? Kamu tu menteri alam sekitar, kamu tu menteri kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat dan kamu adalah orang pertama yg tahu tentang keadaan iklim, sepatutnya kamu orang yang paling bersedia untuk menghadapi banjir, bukannya cabut pergi umrah. Umrah ibadah sunat, tapi amanah dan tanggungjawab kamu terhadap rakyat itu hukumnya wajib. Faham?
Kamu mahu samakan tugas dan tanggungjawab kamu dgn seorang Ahli Parlimen ? Ahli Parlimen bukan menteri dalam kerajaan yang diamanahkan dan berkuasa untuk menentukan persiapan menghadapi banjir. Faham tak?
Mengaku sahaja kamu sebenarnya gagal1!
WFAUZDIN NS