SUKAN PUN MALAYSIA MUNDUR

 Malaysia ni mundur dari segala segi. Daripada politik, ekonomi sampailah ke sukan.


Contoh bolasepak. Dulu kita kuasa Asia. Lawan kita Korea. Jepun, Thailand tu belasahan kita je. Tapi sekarang ni nak makan Vietnam pun menangis.


Badminton pun begitu juga. Makin lama makin hancur. Yang nampak bertahan cuma hoki. Sebab sukan tak popular. Orang politik tak menyibuk.


Kenapa kita mundur? Kenapa kita tak mampu lahirkan bintang sukan lagi? Macamana negara seperti Jepun dan Thailand meningkat?


Sebenarnya bukanlah sangat sebab kita mundur. Tapi mereka yang maju. Mereka ada keinginan untuk menjadi lebih baik. Sementara kita masih sibuk belek album gambar.


Aku percaya pemain bolasepak kita sebenarnya masih bagus. Tapi peralatan dan corak latihan kita masih di takuk lama.


Jadi bila bertembung dengan bakat biasa-biasa negara lain tapi diberikan latihan yang bersesuaian, mereka yang bagus ini pula yang jadi biasa-biasa.


Senang cerita, sukan kita ini jadi mundur kerana salah tadbir. Diuruskan oleh orang yang bukan ahli. Ditambah pula dengan kerajaan yang curang.


Apa kena mengena dengan kerajaan?


Sebab kerajaan yang pegang bajet. Bajet untuk sukan tak banyak mana. Tapi bajet untuk JKom bukan main banyaknya. Sebab kerajaan tak serius mahu lihat sukan kita maju.


Kerajaan atau lebih tepat parti pemerintah, lebih cakna kedudukan mereka. Bajet propaganda lebih besar dari bajet untuk memajukan negara termasuk juga sukan. Nak maju macamana?


Ramai yang bercita-cita ingin melihat sukan kita mencapai tahap antarabangsa. Tapi orang yang sama juga yang undi pemimpin yang tak kompeten untuk memerintah.


Macam sibuk nak kaya tapi habiskan duit beli loteri. Mampu mimpi je la.


Kalau nak majukan sukan, pertama, jangan jadi Jack of all trades. Pilih sukan yang mana hang betul kita nak cemerlang.


Kemudian tabur bajet untuk sukan itu. Sediakan pusat latihan yang moden dan terkini, jurulatih yang berkaliber dan teruji.


Giatkan cungkil bakat dari peringkat sekolah. Ini tidak. Berapa banyak sekolah yang tiada padang. Apa lagi kemudahan sukan yang lain. Tapi lancar program satu murid satu sukan. Gila.


Projek ni takkan siap dalam sekelip mata. Akan memakan masa yang panjang. Yang penting kena istiqamah. Kena sentiasa up to date.


Paling penting, keluarkan orang yang tiada kena mengena dengan sukan dari organisasi - ahli politik yang gila glamer dan mereka yang kaki bangku.


Termasuk juga halau pemimpin yang penting diri dan tak hiraukan rakyat daripada Putrajaya. Kalau ini semua dibuat, aku yakin sukan kita akan bersinar semula.


 

Raja Gelap



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Dahului Saifuddin lebih 10,000 undi, Rafizi hampiri jawatan no 2 PKR

  FMT Reporters  - May 29, 2022          Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mendahului di tujuh negeri  dengan satu negeri sahaja dime...