TUHAN BALAS CASH JUGA AKHIRNYA-TERKENA PULAK FITNAH

 

Itu fitnah, penceramah bebas nafi terbabit sebar video, gambar lucah




Kesan daripada fitnah dan dakwaan liar itu, Firdaus Wong Wai Hung berkata beliau menjadi sasaran makian dan hinaan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, menafikan dakwaan yang mengatakan kononnya beliau pengasas dan pemilik akaun Telegram yang menyebarkan sebarang video atau gambar lucah.

Susulan daripada itu, Firdaus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berkaitan fitnah yang disebarkan mendakwa beliau bertanggungjawab menyebar gambar dan video melalui aplikasi terbabit.

“Alhamdulillah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram ‘channel’ yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut.

“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sehubungan dakwaan yang dikatakan tidak berasas itu, Firdaus menjadi sasaran dimaki, disindir selain diejek, termasuk dihina.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah,” katanya.

Katanya, beliau menyayangi semua ‘sahabat’ dan tidak mahu mereka melakukan dosa fitnah tanpa disedari.

No comments: