TEDIA AIHHH ...PUNYA BANYAK KES BERFOFIL TINGGI DALAM NEGARA YA...TUNGGU APA SAMPAI BANYAK SEKALI TERTANGGUH .?

 

BERMAKNA RAKYAT MASIH BERPELUANG MELIHAT DAN DAPAT DI DEDAHKAN KES INI SEKIRANYA RAKYAT MEMILIH PH SEBAGAI KERAJAAN DI PILIHANRAYA AKAN DATANG. PH  PENAT BERUSAHA  DAKWA TAPI KERAJAAN HARI INI LEPASKAN...

KITA TUNGGU SAMPAI MASA  ATOK 96 JUGA AKAN DIDAKWA....


149 daripada 687 kertas siasatan dibuka SPRM kes berprofil tinggi



Azam Baki (tengah) menyampaikan Pingat Khidmat Setia kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya (kanan) pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-54 di ibu pejabat agensi anti rasuah itu hari ini. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 687 kertas siasatan antara Januari dan Ogos lepas yang terdiri daripada 149 kes melibatkan kategori “berprofil tinggi, berkepentingan awam, serta sensitif”, dan 538 kes dalam kategori biasa.

Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki berkata, 660 individu ditangkap dalam tempoh berkenaan, manakala jumlah pertuduhan pula melibatkan 347 individu, semuanya daripada pelbagai latar belakang, termasuk pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan.

Beliau berkata, SPRM terus melaksanakan operasi, tangkapan dan pertuduhan di mahkamah, meskipun ketika pelaksanaan sekatan pergerakan bagi menyekat penularan pandemik Covid-19.

“Dengan tindakan operasi yang konsisten, sistematik dan berimpak tinggi, saya percaya kita mampu mewujudkan satu suasana ‘deterrent’ dan perasuah lebih gentar untuk terlibat dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“Amat penting untuk kita hantar satu mesej kuat dan jelas kepada perasuah bahawa kita tidak akan sama sekali berkompromi dan bertoleransi dengan perbuatan keji yang boleh menghancurkan kemakmuran negara,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-54 hari ini.

Azam berkata, usaha memperkasa SPRM dari aspek pembangunan kapasiti dan keupayaan perlu berjalan secara berterusan dengan sokongan penuh kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia.

“Ini bagi membolehkan SPRM mampu mencapai visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah serta menjadi agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia,” katanya.

Sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-54 bertemakan “Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi” dilaksanakan secara sederhana bagi mematuhi prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan serta mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara.

No comments: