TANGKAP HABIS BUANG PARA PEJUANG AGAMA YANG MELAMPAU NI.....YANG MENGHASUT ...MACAM LA DEPA SAJA ADA AGAMA...TAPI MENIPU KUAT

 


Terkini! Polis tangkap semua suspek rusuhan di tokong Salak Selatan

Terkini! Polis tangkap semua suspek rusuhan di tokong Salak Selatan

Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar memaklumkan pihaknya telah menangkap semua suspek yang dipercayai terlibat dalam rusuhan di luar sebuah tokong di Salak South, Kuala Lumpur pada hari Selasa.

Ini selepas polis mengepung tokong itu pada pukul 1.30 pagi semalam untuk membuat tangkapan.

“Namun pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan satu surat permohonan maaf yang ditujukan kepada pihak Polis.

“Oleh yang demikian, pihak polis telah telah menahan seramai 12 lelaki dan 6 wanita Cina yang berusia lebih kurang 18 hingga 84 tahun.

“Susulan tangkapan ini, pihak polis telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan ini,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Ini tambahan kepada empat tangkapan yang dilakukan semasa rusuhan dan dua lagi pada hari berikutnya, menjadikan jumlah keseluruhan 24 orang.

Kekecohan pada hari Khamis lalu dipercayai berpunca daripada pertikaian tanah, melibatkan sebahagian dari kompleks tokong yang dikatakan menduduki tanah kerajaan yang telah diperuntukkan untuk sekolah menengah yang sedang dalam pembinaan.

Polis mendakwa bahawa ketika PTG Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur datang untuk membuat pagar penghadang hoardin di sebelah tokong pada Selasa pagi, sekumpulan 20 hingga 30 orang menyerang mesin jentolak dan anggota polis yang bertugas.

Menurut hantaran di media sosial, kumpulan itu percaya pihak berkuasa akan merobohkan sebahagian tokong itu. Jawatankuasa tokong itu enggan bercakap kepada media mengenai kejadian itu.

Kekecohan itu tercetus pada pukul 2.30 petang setelah empat lelaki berusia 18 hingga 50 tahun ditangkap.

Muhammad Idzam berkata polis telah meminta perintah tahanan reman terhadap keempat-empat suspek pada hari berikutnya, dan mereka semua telah direman sehingga semalam.

Pada 29 September, dua suspek berusia 38 dan 56 tahun ditangkap pada jam 8.30 malam.

Secara keseluruhan, polis telah membebaskan dua suspek dengan jaminan polis kerana usia mereka.

Sementara itu, perintah reman dimohon terhadap 18 suspek semalam dan susulan itu perintah reman satu hari diberikan untuk 10 daripadanya untuk membantu siasatan.

Ketua polis Cheras mengatakan kertas siasatan kini lengkap dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya hari ini.

Dia mengatakan polis mengesyorkan tuduhan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (memiliki senjata semasa rusuhan), Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas rasmi penjawat awam), dan Peraturan 17 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (Pelanggaran prosedur operasi standard Covid-19).

Muhammad Idzam berkata polis mengesyorkan tuduhan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) selepas meneliti tuduhan berkumpul di tempat awam, yang menurutnya merupakan pelanggaran SOP.

Sementara itu, mengulas video mendakwa rusuhan telah menjadi tular, dia mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai masalah ini.

Muhammad Idzam juga mengulangi tidak ada perobohan mana-mana bahagian tokong berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lebih lanjut mengenai kes tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Sukri Ishak di talian 013-2165881, talian hotline polis Kuala Lumpur di 03-2146 0584/585, atau datang ke balai polis terdekat.

No comments: