BANGANG PUNYA PEMIMPIN UMno. INGAT MOU TU JALAN SELAMATKAN KERAJAAN KAH ? ITU ADALAH UNTUK MENUNTUT TITAH YDPA DEMI RAKYAT.

 


Bimbang kerajaan Melaka tumbang, pemimpin Umno cadang Sulaiman buat MoU dengan PH seperti di Pusat


Bimbang kerajaan Melaka tumbang, pemimpin Umno cadang Sulaiman buat MoU dengan PH seperti di Pusat


Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di peringkat Pusat membabitkan kerajaan dan pembangkang perlu dicontohi di peringkat negeri bagi mengelakkan ‘kelam kabut’ politik seperti yang berlaku di Melaka ketika ini.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, MoU itu juga dapat memastikan usaha kerajaan dalam memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi serta menangani pandemik COVID-19, tidak terjejas.

Tambahnya, individu yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk menukar kepimpinan kerajaan negeri Melaka juga diharapkan untuk tidak tergesa-gesa melakukan perbuatan berkenaan, memandangkan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) berkemungkinan akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau turut mengingatkan kumpulan berkenaan untuk memikirkan yang terbaik khususnya dalam mengekalkan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya berharap bahawa mereka-mereka yang terlibat (dalam usaha menukar kerajaan negeri Melaka) dapat memikirkan yang terbaik untuk kekalkan kerajaan yang sedia ada, kita pun paling tinggi (atau paling lama) ada, lebih kurang setahun setengah lagi, tentulah ada Pilihanraya (Umum ke-15), tak perlulah (pihak itu) tergesa gesa.

“Kalau titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk kita menstabilkan keadaan politik, (supaya) membolehkan tumpuan kerajaan kepada pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi, kita dengar apa yang dititahkan YDPA agar wujudkan collaboration (atau kerjasama dalam politik),

“Di peringkat Federal (Pusat) sudah ada collaboration (kerjasama itu) antara kerajaan dan pembangkang melalui Memorandum of Understanding (MoU), saya harap di negeri negeri pun sama buat macam itu, tak payah kelam kabut buat masa ini untuk berlawan lagi sebab saya ingat perlawanan ini dah habis, ini bukan main bola ada 90 minit, (isu pergeseran) politik ini sudah habis,” katanya.

Mahdzir berkata demikian ketika sidang media selepas majlis penyerahan bas baharu MaraLiner di Bengkel MaraLiner Kuala Nerang pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan, spekulasi bertiup kencang mendakwa, kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.

Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan dan difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Empat wakil rakyat yang disebut-sebut ialah Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas- Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu- Telok Mas), selain bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor).

Untuk rekod kerajaan Melaka dipimpin oleh Sulaiman selepas PN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada PH tumbang Mac tahun lalu.

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.

No comments: